Cloud Storage Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekali lagi topik yang ingin di sentuh kali ini ialah mengenai cloud storage. Sejak akhir akhir ini banyak fail video dan gambar yang perlu saya uruskan dengan selamat. Selalunya untuk satu fail saya akan pastikan ada salinan untuk fail tersebut. Selalunya saya akan simpan fail foto atau video pengantin tersebut selama 3 tahun dan dengan fail video yang memakan ruang yang banyak saya memerlukan alternatif selain daripada external hardisk. Salah satu solusi untuk masalah tersebut ialah dengan menyimpan di dalam cloud storage atau simpanan awan. Saya sudah mengunakan beberapa perkhidmatan simpanan awan dan saya rasa mediafire ini adalah yang terlaju untuk memuat naik gambar tersebut ke ruangan mereka. Cuma saya harap jangan ada masalah dengan perkhidmatan mereka di masa hadapan. Itu sahaja la entri untuk kali ini. Wassalam

Ulasan