Langkau ke kandungan utama

Catatan

Sukar Mengingati Kata Laluan

Assalamualaikum

Megingati kata laluan kadang-kadang adalah satu perkara yang mencabar bagi saya kerana saya ada banyak juga aplikasi yang mengunakan kata laluan baik di tempat kerja mahupun di rumah. Kadang-kadang untuk menetapkan satu kata laluan yang sama untuk semua aplikasi adalah mustahil. Ini kerana ada aplikasi yang begitu sangat sensitif seperti perbankan internet misalnya manakala ada aplikasi yang digunakan untuk berkerja.

Buat masa ini saya cuba mengingati nya melalui minda tetapi kadang-kadang tak mahu juga. Saya ada juga cuba mencatat kata kunci saya di dalam diari tetapi situasi ini di pejabat saja lah di mana alat tulis senang didapati. Buat masa ini cara saya adalah dengan men set semula kata laluan baru jika sudah lupa kata laluan lama. Walau bagaimana pun cara ini saya rasakan sedikit renyah kerana perlu menunggu emel reset sampai.

Saya tidak menolak kemungkinan untuk mencari apps yang sesuai untuk mentadbir kata kunci yang saya miliki. Jikalau saya rasa ada apps yan…
Catatan terbaharu

Mencuba Tema Baru Blogger

Assalamualaikum

Blogspot telah memperkenalkan beberapa tema baru untuk blogger seperti saya yang mengunakan templet daripada pihak blogspot. Nampak gayanya tema baru yang diperkenalkan ini nampak menarik dan segar dengan penyesuaian boleh dilakukan untuk lebih kena dengan kemahuan kita.

Entri terbaru akan menyusul, cuma buat masa ini keadaan di tempat kerja memang sangat-sangat jenuh (slang Perak) ada dua tiga topik yang saya cadang untuk dijadikan entri. Insyallah dalam masa terdekat ini.

Wassalam

Bukit Kledang Revisited

Assalamualaikum
Sudah agak lama juga tidak ada entri baru yang saya kongsikan dengan pembaca dan kali ini saya bercadang untuk berkongsi pengalaman ke Bukit Kledang. Bukit Kledang ialah salah satu tempat rekreasi yang menjadi tumpuan orang ramai. Lokasi Bukit Kledang terletak berhampiran pekan Menglembu.
Berikut saya sertakan beberapa gambar yang sempat saya rakamkan di kala menaiki dan menuruni Bukit Kledang.


Stesen Sesmologi : Checkpoint Saya Masa Mula-mula Memanjat Bukit Kledang

Trek Denai 

Gambar Mod Panorama
Taman
Selamat Sampai
*Gambar Di Ambil Mengunakan Honor 5X

Pernah Alami Situasi Begini

Assalamualaikum

Di suatu pagi yang indah ketika hendak bersarapan terserempak dengan kawan lama, maka pelbagai topik lah dibualkan daripada sukan ke politik ke isu isu semasa. Selepas itu saya pun berceritalah mengenai situasi kerja sekarang di mana saya sudah kerja di luar kawasan dan saya bercerita lagi yang saya sudah memasang pagar auto dengan harga sekian sekian kerana bimbangkan keselamatan isteri yang menghantar saya di waktu subuh dan timbullah persoalan "... La kenapa tak tanya kat aku"

Ayat yang jenis begitu memang saya akan dengar bila

Nak beli barang atau nak cari servis/perkhidmatan - "...La kenapa tak tanya kat aku, aku ada tempat lagi murah... murah 2 3 ribu daripada tempat hang p" (tu dia aihhh dia punya murah)

Nak jual barang pada harga yang kita rasa berbaloi last-last tak dapat terpaksa jual murah sikit
- "... La kenapa tak tanya aku, aku memang nak cari ATAU aku ada buyer haritu cari barang yang hang nak tolak tu dengan harga yang hang seb…

Gym bajet

AssalamualaikumAdakalanya duduk berjauhan dengan keluarga ini antara aktiviti yang boleh dilakukan lagi di waktu makan (atau pagi) ialah bersenam.Jika ada bajet lebih mungkin saya akan Cuba untuk pergi ke gym berdekatan tetapi bajet yang agak terhad memaksa saya untuk menjalankan aktiviti fizikal di rumah (untuk senaman mengangkat berat) atau jogging atau berenang (untuk cardio). Saya rasa apa aktiviti pun ok asalkan ada senaman. Di masa hadapan ada juga berangan untuk membeli basikal tapi saya rasa ini pun dah ok untuk masa ini.Sekian sahaja catatan untuk Kali ini.Wassalam.

1st Outing F.I.N.D 2017

AssalamualaikumApabila kita berkongsi minat yang sama dengan beberapa individu kita pastinya ingin membuat satu perjumpaan untuk berdiskusi atau bertukar idea mengenai hobi yang diminati itu.Pada tarikh 19.02.17 sekumpulan peminat kamera yang masih mengunakan films atau analog berkumpul di Ipoh seawal jam 8 pagi untuk satu outing group F.I.N.D . Di gerakkan oleh bro Yon dari Taiping Dan bro Khai dari Kl di dalam fb group maka berkumpul lah Kami.Aktiviti bermula daripada KTM Ipoh kemudian menyusur ke Loken (memory lane) Dan pasar besar ipoh (UTC). Intipati aktiviti lebih kepada street photography dan bertukar pendapat mengenai kamera Dan filem.Akhir sekali kami bergambar kenangan di sekitar kawasan Lukisan dinding mural Ipoh Dan kemudian berjalan ke KTM untuk ke kereta masing-masing. Di masa mendatang mungkin Kami akan ke Taiping pula.Wassalam

Rehat jap

AssalamualaikumKadang-kadang akan ada hari yang down juga di kala berjauhan dengan keluarga ini. Apa apa pun kena bersabar Dan hadapi dengan hati yang tenang.Itu sahaja catatan saya Kali ini.Wassalam