Rabu, 24 April 2013

Segmen - Hey blogger asal mana

Assalamualaikum

1st time join segmen yang dianjurkan oleh blogger yang ingin tahu mengenai tempat asal blogger yang lain.

Untuk info saya memang berasal, dibesarkan & berkerja di Ipoh, Perak.

Itu sahaja lah info untuk kali ini. Wasalam

Khamis, 18 April 2013

Permohonan Ditolak Oleh Adsense

Assalamualaikum

Nampak gayanya kecewa lagi setelah mencuba sekali lagi mendapatkan kebenaran adsense di blog foto  saya kerana menurut pihak google tidak menepati kriteria yang ditetapkan. Nak buat macam mana tiada rezeki nampak gayanya.




Takde ler rasa terkilan sangat tapi kot ada boleh juga jadikan sampingan anyway akan cuba lagi memohon di masa hadapan.

Wassalam 

Isnin, 15 April 2013

Percutian Bersama Keluarga Ke Cameron Highlands

Assalammualaikum

Bau-baru ini saya telah ke Cameron Highlands bersama keluarga untuk bercuti. Perkara pertama yang dilakukan disana ialah mendaftar masuk ke apartment yang berdekatan dengan Sekolah Convent kalau tak silap saya namanya Heritage Apartment. Selepas selesai urusan mendaftar masuk barulah mengisi perut yang kosong di restoran berdekatan. Kemudian disusuli dengan melawat beberapa tempat di sekitar Cameron Highlands antaranya ialah ladang kaktus, ladang teh, ladang strawberi dan pasar malam di kawasan Brinchang. Berikut beberapa keping gambar yang saya ambil ketika berada di sana. 

Nota : Semua gambar diambil mengunakan Samsung Galaxy W  diolah mengunakan Apps Pixlr Express dan dipindahkan ke komputer daripada telefon pintar mengunakan Apps Dropbox







Rabu, 3 April 2013

Cloud Storage - Dropbox lagi

Kali ini saya akan menerangkan lagi tentang ciori ciri dropbox iaitu salah satu simpanan awan yang ada di alam maya yang menjadi pilihan saya. Antara sebab ianya menjadi pilihan kerana ia membolehkan perkongsian fail dan folder kepada rakan-rakan serta platform yang berlainan seperti android dan ios. Ianya menjadi pilihan kerana saya boleh berkongsi fail gambar atau video dengan rakan saya tanpa perlu meninggalkan rumah, saya rasa langkah ini sedikit sebanyak sudah menjimatkan sedikit masa.

Berikut saya sertakan beberapa gambar akaun dropbox saya







Jikalau berminat boleh klik DROPBOX untuk mendaftar





Selasa, 2 April 2013

Simpanan Awan

Lagi Satu Cloud Storage yang saya gunakan

cek it out

http://db.tt/acyFGGOP

Traveloka seorang weekend husband : ziarah

Assalamualaikum Nampak nya kali ini perjalanan yang akan ditempuhi akan terasa lebih lambat hendak sampai ke destinasinya di Simpang Empat,...