Ahad, 20 November 2016

Weekend Husband

Assalamualaikum

Sekarang baru lah saya faham perasaan mereka mereka yang balik tiap weekend pada anak dan isteri. Kalau dulu saya hanya mampu melihat tanpa mampu menyelami sekarang barulah saya rasa sendiri situasi menjadi weekend husband. Kalau ikutkan emosi memang rasa hendak menjadi house husband terus tapi apakan daya banyak nya komitmen yang mengikat diri. Buat masa ini kata bidalan alah bisa tegal biasa diguna pakai dahulu tetapi jauh di sudut hati lain rasanya.

Apa-apapun kena hadap jua demi hari hari mendatang.

Sekian dahulu catatan kali ini.

Wassalam

Khamis, 10 November 2016

Terkenang Zaman Kamera Analog

Assalamualaikum

2 3 menjak ini saja saya membeli sebuah kamera kompak jenis tekan terus tangkap gambar nya itu. Setelah habis satu roll (Dulu orang kahwin pakej ikut roll - sekarang pun ada) saya terfikir bagaimana hendak menggulung filem ini. Saya cuba mencari di Google tapi gagal (mungkn brand kamera ni tak famous) ada la juga terbuka back cover kamera tersebut maka terjadilah expose.

Kot zaman shoot orang kahwin pakai filem/analog dahulu jika tersilap tekan terbuka back cover camera itu mau berdebar juga tunggu gambar dicuci takut takut terkena gambar yang detik nya penting. Macam-macam jugalah rasa (sini kita gelar libang libu) selagi filem tak dicuci.



Saya perhatikan ada juga yang saja menambah efek ala ala expose ini dalam photoshop, kot deme tau camna rasa gambar ter expose masa zaman analog dulu ....demam! anyway mungkin itu salah satu efek yang nak bagi unik (rasanya)

Sekian sahaja buat masa ini

Wassalam

Selasa, 11 Oktober 2016

Lama Menghilang

Assalamualaikum

Dua tiga menjak ini dengan komitmen yang bertambah dan padu agak sukar juga mencari ilham dan ruang untuk menulis di blog ini ditambah pula dengan emosi yang agak terganggu dengan bakal berpindah tempat kerja yang agak jauh daripada rumah. Semua itu memainkan peranan.

Saya harap nanti blog ini akam kembali saya update dengan selalu tetapi buat masa ini beginilah keadaanya.

Wassalam

Selasa, 20 September 2016

My Youpic

Assalamualaikum

Di sini saya ingin menjemput pelawat blog ini untuk melawat akaun youpic saya di sini

Ucapan terima kasih saya dahulukan kepada sesiapa yang sudi melawat

Wasalam

Ahad, 14 Ogos 2016

Metafora Lagu Nirvana

Assalamualaikum

Dengan pelbagai alasan dan ayat ayat yang bunyi nya indah seperti pengecilan operasi, penumpuan pekerjaan yang lebih efisien rasanya ada 3 lagu Nirvana yang bermain di minda that sum all this up

- The man who sold the world
- All Apologies

dan tak lupa

- R*** me

-eof-

Selasa, 9 Ogos 2016

Storan Digital vs Cloud

Assalamualaikum

Dua tiga menjak ini nampak nya banyak entri saya menjurus ke arah IT/perkomputeran. Entri mengenai mac mungkin saya lebih selesa untuk share daripada blog atau website lain untuk rujukan saya di kemudian hari nanti.

Kali ini entri mengenai storan tetapi bukanlah secara mendalam tetapi ianya lebih kepada khidmat jurugambar yang saya tawarkan dan bentuk storan yang akan menjadi hasil akhir yang akan saya serahkan kepada pihak pelanggan. Biasanya pakej paling mampu milik pihak saya tawarkan adalah pakej shoot & burn di mana pihak saya menangkap gambar dan kemudian menyerahkan data dalam bentuk cd.


(Contoh DVD yang mengandungi gambar semua tangkapan)

Pada pendapat peribadi saya sekarang ini segala gambar tangkapan (all shot) untuk sesebuah majlis itu boleh ditawarkan dalam bentuk muat turun iaitu pihak jurugambar memberikan satu link di mana link itu mengandungi gambar all shots tadi untuk dimuat turun oleh pelanggan. 

Bagaimanapun mesti akan ada pro & con nya jika sesuatu gambar disimpan di dalam cloud.

Antara yang boleh saya senaraikan

Pro : Jimat masa 
         Terus simpan di komputer/laptop/telefon pintar
         

Con : Jika lupa back up dan komputer buat hal memang boleh jadi masalah
          Data internet boleh habis cepat

setakat ini sahaja senarai pro & con, mungkin ada pembaca yang ada sebab lain boleh dikongsikan. 

Itu sahaja untuk kali ini

Sehingga berjumpa lagi

P/s : Pihak kami sedang mengadakan promosi untuk pakej KOMBO iaitu gandingan pakej FOTO + VIDEO di dalam satu harga yang menarik

Isnin, 8 Ogos 2016

Cara-cara uninstall mackeeper

http://osxdaily.com/uninstall-mackeeper-from-mac/

Tips untuk pengguna Mac

http://www.techradar.com/how-to/computing/mac-help-and-support-1325117?utm_content=bufferc526a&utm_medium=social&utm_source=facebook&utm_campaign=buffer-maclifefb

Selasa, 19 Julai 2016

Pemberitahuan

Assalamualaikum

Salam Syawal,

Agak terlewat juga saya mengucapkan salam syawal ini tetapi di di kesempatan bulan syawal ini saya ada membuat promosi untuk perkhidmatan fotografi dan video saya, segala butiran boleh klik di sini.

Setakat ini sahaja entri kali ini, mungkin coretan bulan syawal akan saya muatkan di entri yang lain.

Wassalam.

Jumaat, 17 Jun 2016

Salam Ramadhan

Assalamualaikum

Sudah lama blog ini tidak di update nampaknya. Rasanya bukan sebab tersangat malas (sikit ada)
tapi dalam bulan ramadhan ini banyak kesempatan yang ada saya gunakan untuk menyiapkan album para pengantin sebelum raya sebab rasanya time raya mestilah nak tengok album dengan famili kedua dua pihak.

Saya juga mengambil kesempatan untuk mempelajari dan bereksperimen dengan beberapa teknik editing supaya tahap editing ada la lebih sikit ummphhh nya. Tidak lupa juga membaca beberapa idea dan konsep tentang fotografi jalanan iaitu salah satu cabang yang fotografi yang saya minati. Jikalau ada kelapangan boleh lah klik di sini untuk berkunjung ke galeri foto saya.

Sekian sahaja untuk kali ini.

Wassalam


Selasa, 24 Mei 2016

Pulut Durian di Ipoh

Assalamualaikum

Nampak gayanya dalam proses saya hendak merealisasikan impian saya (catatan disini) yang sudah lama saya dok mencuba ada juga tikanya terpaksa juga cave in dengan pengaruh media sosial (whatsapp contohnya) . Dalam dok cuba mengurangkan pengembilan makanan yang berlemak dan manis gagal juga menahan rasa ingin tahu untuk mencuba pulut durian


Secara kebetulan juga saya baru balik kenduri di kawasan sekitar Taman Meru, Ipoh ternampak pula kedai Singgah Yob (betul betul belakang Mydin Meru), wife pun kata jom la try singgah. Setelah mencuba sendiri kot ikutkan memang tak puas nak try cendol durian pula tapi saya rasa lain kali pula, haru nanti dah banyak makan manis.

Itu sahaja cerita untuk kali ini, Wassalam

* Ini Bukan iklan
* Saya bukan hardcore durian, sesekali teringin juga



Rabu, 20 April 2016

Mencapai Objektif

Assalamualaikum

Sudah lama saya tidak mengemaskinikan blog ini. Ada juga beberapa aktiviti yang ingin saya muatkan dalam blog ini tetapi setelah melakukan pemasaran untuk perkhidmatan jurufoto perkahwinan saya makin mudah iaitu boleh dilakukan di media sosial seperti Facebook dan instagram maka agak kurang juga saya berblog.

Buat masa ini saya juga sedang berusaha untuk mencapai impian saya yang setiap kali masuk tahun baru pastinya berada dalam senarai teratas dan untuk mencapai impian saya itu ada beberapa perkara yang terpaksa saya hold. Buat masa ini biarlah objektif saya tercapai mungkin saya akan buat entri mengenai itu di blog ini.

Itu sahaja buat masa ini

Wassalam

Jumaat, 26 Februari 2016

Snapseed

Assalamualaikum

Di antara banyak pilihan apps untuk foto editing salah satu apps kegemaran dan menjadi apps yang pertama sekali saya gunakan untuk mengedit foto ialah snapseed. Saya rasa mungkin ramai juga yang telah mengunakan apps ini di luar sana dan walaupun agak lewat juga saya menulis entri mengenai apps Snapseed di blog ini tetapi saya kongsikan juga kerana saya suka cirinya yang agak mudah tetapi lengkap untuk mengedit foto yang kita ambil dengan handphone atau gambar dari kamera yang telah di pindahkan melalui wifi.

Logo Snapseed (daripada Google)


Di antara ciri yang saya gemari di dalam snapseed ialah mengawal kecerahan, kontras dan warna untuk menjadikan gambar yang kita ambil itu lebih menyerlah untuk gambar yang telah di edit itu untuk kita kongsi di media sosial atau untuk disimpan. Saya gunakan juga apps ini untuk live update di majlis perkahwinan yang saya bertindak sebagai jurugambar majlis tersebut kerana cirinya yang ringkas untuk saya laksanakan dalam masa yang singkat sementara menunggu.


Lenovo A6000+ & Snapseed


Ada beberapa lagi gambar yang akan saya cuba untuk edit mengunakan apps snapseed dan akan saya cuba kongsikan di blog fotografi saya (tekan link di sini). Di entri yang lain mungkin saya akan kongsikan dengan lebih mendalam lagi tentang penggunaan apps Snapseed ini dari segi kawalan asas (kecerahan, kontras, warna) hinggalah filter yang ada. Itu sahaja untuk entri kali ini

Wassalam

Isnin, 22 Februari 2016

Lagi Perihal Persembangan

Assalamualaikum

Kali ini hendak menyambung lagi cerita daripada entri yang terdahulu boleh baca di sini iaitu mengenai perkembangan cara kita bersembang di kala lepak. Jikalau lepak pula selalunya kita akan memilih rakan yang wavelength nya lebih kurang sama dengan kita juga tetapi ada kalanya ada juga time kita lepak kita akan berhadapan situasi yang lebih kurang macam apa yang saya nak huraikan daripada pengalaman saya lebih kurang begini :-


Penglipur lara /Serba tahu/ Otai 

ok kalau ada yang macam ni time lepak memang suara dia je le yang akan kedengaran kot ada suara orang lain pun hanya untuk respon pertanyaan dia atau macam tu la lepas tu selalunya pengetahuan am orang macam ni dah macam google, semua dia tahu padahal kekadang saya rasa main hentam je ni tapi kita layan je le mana tau kot lepas segelas nescafe tarik ke teh ais ke.


Sembang Kencang

Jenis ini ada juga saya jumpa dalam banyak pengalaman melepak. Dengar cerita daripada jenis ini masa mula-mula dia buka cerita memang kagum tapi bila dah masuk 3 4 teguk kita dah boleh baca game dia dah ini sembang je lebih ni dia lebih kurang macam yang golongan otai tadi tapi isi kandungan sembangnya banyak yang dah "edit"!



Teknikal

Kalau jumpa yang ini kot kena sama minat memang boleh lepak sampai 2 3 gelas air sebab topik yang nak dibincangkan tu yang memang kita nak tahu dengan lebih mendalam tapi kot tak kena dengan minat yang sama tapi dah tertanya memang ngangguk je le


Jenis tunduk

kalau yang spesis ni pulak memang apa topik pun dia layan je tapi selalunya dia dengar je le sebab selalunya pertanyaan pertama kat mamak restoran tu "apa password wifi?" Selalunya bila ada teh tarik session akan kelihatan jenis ni muncul (Saya pun ada kala jadi macam ni juga bila topik tak leh layan)


Ada beberapa lagi lah karakter yang saya jumpa dan kalau ada kesempatan mungkin saya akan update tapi buat kali ini sekian sahaja dulu.

Wassalam

Khamis, 11 Februari 2016

Evolusi Persembangan

Assalamualaikum

Lama tiada sebarang entri terbaru di blog ini kerana saya lebih menumpukan perhatian kepada blog fotografi dan juga blog perniagaan perkhidmatan jurufoto perkahwinan dan saya juga agak mengejar masa untuk menyiapkan beberapa album kahwin yang perlu dihantar sebelum tamat tempohnya. Berbalik kepada topik untuk entri kali ini.

Semasa satu sesi minum dan lepak baru-baru ini ada kawan menyatakan yang rasanya topik yang kitaorang sembang tak banyak berubah daripada 6 7 tahun lepas. Saya pula menyatakan yang banyak topik dah berevolusi rasanya macam dulu kita tak sembang pasal perkembangan anak sekarang masing-masing dah buka topik pasal perihal anak.

Fasa Evolusi yang saya rasa pula

Habis Sekolah

- Nak masuk U mana
- Ambil course apa
- bila terjumpa, dah semester berapa

Awal - Pertengahan 20 an

- Kerja mana, gaji berapa 
- Pakai kereta/motor apa (kot kaki modified pe semua bagai lagi dalam la topik dia)
- dan... ada juga yang dah tanya dah kahwin ke belum

Akhir 20 an - Pertengahan 30 an

- Dah pangkat apa sekarang
- Rumah beli di mana
- Anak dah berapa orang

Ini sebahagian yang saya rasai mungkin lain orang lain pula topiknya dan di kala usia menghampiri 4 siri ini nada persembangan pun makin serus dan berisi adanya contohnya nak travel mana, ekonomi isi rumah, hala tuju pendidikan anak dan sebagainya. Kalau dalam group whatsapp pun ada macam macam topik mana yang boleh masuk tu lama la dok dalam group tu mana yang tak terikut pun ada (tidak sama wavelength bak kata kawan saya pejei muse).

Itu sahaja lah untuk entri kali ini.

Wassalam

Ahad, 10 Januari 2016

Jumpa Geng Street Outing

Assalamualaikum

Hobi fotografi jalanan yang saya selalu buat pada hujung minggu nampaknya makin bertambah kenalan bermula pada awal tahun ini dengan outing pertama di hari pertama tahun baru dapat saya berkenalan dengan Fuji LIm Pak Su dan Nurshan Nusi (Nama Facebook) dan pada hari ini pula saya dapat bertemu lagi dengan beberapa orang lagi. Di antaranya ialah Yon Fotografi dan Asrul Sani manakala Muhd Izni pula sudah lama saya kenali.


Beberapa foto yang sempat di snap pada hari ini

Nantikan entri lain mengenai fotografi jalanan atau fotografi am nya.

Wassalam



*Update

Entri mengenai foto jalanan yang saya rakamkan telah saya update di sini


Jumaat, 8 Januari 2016

Catatan Pertama Untuk 2016

Assalamualaikum

Inilah catatan pertama blog ini untuk tahun 2016. Tidak banyak yang hendak saya katakan melainkan bersyukur kerana masih disini untuk berblog dan juga berfoto. Banyak masa saya sekarang ditumpukan pada penyiapan album hasil daripada blog jurufoto perkahwinan. Ada kalanya ada rasa macam tak larat tetapi saya memilih untuk lebih rasa bersyukur kerana makin banyak peluang maka makin banyak pendapatan. Tetapi ada kalanya saya sempat juga mencuri masa di hujung minggu untuk berfoto dan hasilnya saya pos di sini, jika tiada tugasan sebagai jurufoto perkahwinan.

Harapan saya untuk tahun mendatang ini semoga blog jurufoto perkahwinan saya akan mendapat lebih tumpuan dan saya akan memberikan tumpuan kepada blog ini serta semoga kesihatan saya sekeluarga ok hendaknya.

Wassalam

Traveloka seorang weekend husband : ziarah

Assalamualaikum Nampak nya kali ini perjalanan yang akan ditempuhi akan terasa lebih lambat hendak sampai ke destinasinya di Simpang Empat,...