Jumaat, 6 November 2015

Mula Sebuah Akhir

Assalamualaikum

Nampaknya Nokia 525 saya sudah semakin menghampiri hari ditamatkan perkhidmatanya, bukan kerana saya berniat untuk mengantikannya pada asalnya tetapi kerana selepas satu kejadian yang menyebabkan skrin nya ada cela sedikit. Bukannya handphone saya sudah padam secara total tetapi ada beberapa ketika saya susah untuk meneka apa yang saya tekan ((sampai tahap kena teka tu).

Buat masa ini saya masih survey apa handphone yang berpatutan dengan harga dan spesifikasi yang diingini. Sama ada handphone ber o.s kan android atau masih mengekalkan windows phone bergantung kepada bajet nanti.


Wassalam


Isnin, 5 Oktober 2015

Teknik Fotografi - Freelensing

Assalamualaikum

Baru-baru ini semasa saya sedang memikirkan apakah teknik fotografi lagi yang boleh saya cuba saya ada terbaca mengenai teknik ini di dalam pdf yang saya muat turun ke dalam ipad saya. Saya fikir menarik juga untuk mencuba teknik ini sendiri. Jadi saya pun mula melakukan eksperimen teknik ini dan inilah yang saya dapati

1. Cara untuk fokus ke subjek agak sukar juga

2. Risiko kamera dan lensa untuk rosak ada

3. Memerlukan kesabaran untuk memahirkan diri teknik ini


Buat masa ini saya masih cuba untuk bereksperimen lagi. Saya mungkin akan cuba untuk lens hacking pula untuk masa hadapan, siapa tahu.

Sekian buat masa ini.

Wassalam


Rabu, 30 September 2015

Lagi Percubaan

Assalamualaikum

Setelah beberapa percubaan untuk menurunkan berat badan ke tahap BMI yang ideal kali ini saya mencuba lagi. Saya harap percubaan kali ini dapatlah mencapai sasaran BMI yang sepatutnya.
Selalunya ada beberapa faktor yang menjadi penghalang, antaranya

1. Malas (ermmm)

2. Masa (macam-macam hal)

3. Lepak (sembang sambil pekena teh tarik lagi best kan kan kan)

Untuk pendekatan kali ini saya cuba untuk mewujudkan satu group dengan mereka yang mempunyai misi yang sama. Saya tengah try celen mereka buat push up buat masa ini kitaorang up video, lepas ini burpee pastu macam-macam lagi lah, takut last last lebuh.

Itu sahaja catatan untuk kali ini.

Wassalam

Ahad, 23 Ogos 2015

Ed Sheeran - Photograph (Official Music Video) / konon nak buat juga



Assalamualaikum

Konon-konon nak rakam memori anak-anak membesar begini, rasanya boleh dengan teknologi yang ada tapi rasanya cepatnya panas begitu juga cepatnya sejuk azam itu :) bagaimanapun kita boleh cuba ye tak.

Wassalam

Ahad, 21 Jun 2015

Sesi Outing "Milky Way" Bersama Group Whatsapp

Assalamualaikum

Setelah agak lama group whatsapp yang bergelar Komplot Bawah Radar yang saya join merancang untuk melakukan sesi outing "milky way" maka pada tarikh 21 Jun 2015 hasrat kami berjaya direalisasikan dengan bantuan Zigot yang menyediakan kebun jagungnya untuk kami bertapak.

Rupa-rupanya banyak juga faktor yang perlu diambil kira untuk aktiviti ini diantaranya ialah

1. Light Pollution 
2. Cuaca
3. Kedudukan Milky Way
4. Setting Kamera Yang Betul

dan beberapa lagi lah faktor-faktor nya.


Gambar ini tiada milky way 


Walau bagaimanapun rasanya aktiviti ini boleh dikatakan agak berjaya kerana berjaya mengumpul 9  ahli group dan jikalau ada lagi outing "milky way" ini saya rasa ada beberapa penambah baikan yang boleh dilakukan lagi

Wassalam


Jumaat, 15 Mei 2015

Kumpulan Outing Foto

Assalamualaikum

Selepas 2 3 minggu yang penuh dengan aktiviti berfoto hari ini saya baru berkesempatan untuk mencoretkan serba sedikit pengalaman sepanjang outing yang dijalankan. Boleh juga saya katakan teknologi juga membantu untuk bersama dengan satu kumpulan jurugambar yang sama minat dan visi dengan menubuhkan whatsapp group dan FB group.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah masuk peraduan, shoot busana dan juga bereksperimentasi dengan teknik lampu denyar di malam hari. Sepanjang outing tersebut beberapa perkara baru dapat dipelajari dan juga beberapa teknik dapat dikuasai. Selepas ini ada beberapa outing lagi yang bakal dijalankan mengikut perancangan. Harap semuanya berjalan lancar.

Sekian Dahulu

Wassalam


Rabu, 29 April 2015

Sengkuang Calit Area Manjoi

Assalamualaikum

Baru-baru ini saya ke studio salah seorang kawan saya untuk sesi perbincangan kami mengenai pelbagai topik yang berkisar mengenai minat kami terhadap kamera dan juga sedikit terselit isu isu semasa (Tak tahu tak pasal je nanti).

Selepas selesai sesi perbincangan kawan saya yang berniaga sengkuang calit bertempat di Padang Lintau, Manjoi, Ipoh menjamu kami semua dengan produk perniagaan beliau. Rasa sengkuang calit beliau memang sedap rasa nak setelkan semua yang stok yang dia bawa malam tu tapi segan juga la.

Berikut adalah gambar sengkuang calit yang saya sendiri cuba sapukan sos dan taburkan serbuk kacang ke atas sengkuang.


Sekian untuk kali ini

Wassalam

*update
 Kawan saya ini (facebook : Ahmad Goro) ada menyatakan di facebook yang lokasinya untuk waktu di sebelah petang terletak di Padang Polo, Ipoh. Boleh cek facebook Ahmad Goro atau untuk penduduk Ipoh boleh cek update mengenai lokasi di facebook Ipoh Ipoh Aje.

Ahad, 19 April 2015

Mencuba Kopi Vietnam Pula Di Restoran Suhaimi, Ipoh

Assalamualaikum

Saya pernah menulis entri mengenai Kopi Ais Best di Ipoh ini jadi kali ini saya repeat lagi sekali ke restoran tersebut iaitu Restoran Suhaimi yag terletak di Silibin untuk mencuba kopi vietnam.

Selama ini bila tengok rancangan di tv ketika pengacara mencuba kopi tersebut saya jadi tertanya-tanya bagaimana rasa kopi vietnam.



Rasanya agak keras juga la berbanding dengan kopi di Perak ini (nak kata Malaysia, banyak lagi kopi saya belum cuba). Itu sahaja entri kali ini.

Wassalam

Jumaat, 17 April 2015

Perihal Rambut

Assalamualaikum

Pabila tiap-tiap pagi saya menyikat rambut tatkala hendak ke pejabat rasanya makin menipis rambut di bahagian atas ini. Bahagian belakang ok pula tebal nya. Ada beberapa perkara yang saya rasa boleh cuba untuk mengekalkan rambuat yang ada.

1. Pergi Yun Nam atau apa saja seangkatan dengannya (tapi rasanya bajet tak cukup)

2. Beli produk penjagaan rambut yang wujud

3. Kurangkan makan makanan yang ada MSG (Tapi time kerja dah dok makan luar payah gak)

Walau apa pun rasanya saya menikmati je la waktu rambut masih ada ini, esok kot dah parah bagi badan jadi ketul ketul (satu hal lak nak p gym) pastu maintain botak!

Wassalam

Isnin, 13 April 2015

Tips Mac - Cara Hendak Refresh Laman Web

Assalamualaikum

Tujuan saya berkongsi tips ini bukanlah hendak mengatakan bahawasanya saya seorang pakar mengenai sistem Mac(Apple) tetapi sekadar berkongsi pengalaman dan pengetahuan saya yang sedikit ini di dalam Bahasa Melayu.

Memang ada banyak tips mengenai Mac di dalam internet tetapi kebanyakannya berbahasa Inggeris.
Saya masa mula transisi daripada sistem Windows ke Mac pun banyak juga berguru dengan encik Google dan Mr Youtube :) .  Kemudian saya ada terjumpa kumpulan Mac User di Facebook jadi segala kemusykilan saya banyak terhurai setelah merujuk perbincangan di kumpulan tersebut. Walau bagaimana pun saya tetap ingin berkongsi.

Kali ini saya ingin berkongsi bagaimana untuk refresh sesuatu laman web di dalam Mac (Macintosh)
selalunya di dalam Windows kita akan mengunakan kunci F5 tetapi di Mac kuncinya ialah command + R .

Itu sahaja untuk kali ini.

Wassalam

Kopi Ais Best Di Ipoh

Assalamualaikum

Baru-baru ini saya berkesempatan untuk singgah minum pagi di salah sebuah restoran di Ipoh. Nama Restoran tersebut ialah Restoran Suhaimi. Sebelum ini pun emak saya ada bagitahu yang kopi ais di restoran ini antara yang terbaik di Ipoh ini. Setelah mencuba sendiri kopi ais di situ memang  best rasanya! berikut disertakan gambar ketika  minum pagi di situ

 Kopi Ais Best 

Roti Kari Ayam (Tapi Saya Order Roti Telur)

Lepas ini kalau berkesempatan nak cuba kopi vietnam pula. 

Itu sahaja untuk entri kali ini.

Wassalam

Gambar diambil mengunakan Nokia Lumia 525 & diolah sedikit di dalam CS6

Kembali Ber-Entri

Assalamualaikum

Saya rasa agak banyak juga topik yang saya rasa saya boleh ketengahkan untuk dijadikan entri ke dalam blog. Tapi macam selalu semangat itu akan pudar jua akibat tuntutan kehidupan. Itulah realiti nya  . 

Walau bagaimanapun kalau entri kali ini saya tapau sekali 2 3 topik mungkin akan jadi pencetus semangat kepada saya untuk kembali berblog secara aktif. 

Wassalam


Jumaat, 13 Mac 2015

Perihal Nak Bercuti Lagi

Assalamualaikum Para Pembaca Semua

Sementara saya sedang mem backup apa yang patut ke dalam komputer, saya masih lagi dok berangan dan merancang apa aktiviti yang boleh dilakukan jika pergi bercuti kelak.

Setelah beberapa kali mengira bajet yang ada, rasanya tempat yang hendak dipilih sudah ada di mind. Lepas tu kena set pula apa aktiviti yang hendak dijalankan di situ. Aktiviti saya sekarang ini pasti lah membabitkan anak-anak saya jadi saya perlu ambil kira apa aktiviti yang sesuai dengan mereka.

Buat masa ini kena bekerja dulu untuk ini sambil tu dapat lah menampung apa yang patut untuk percutian itu kelak. Ye lah kalau setakat berjalan tengok bangunan sahaja rasanya tak payah pergi jauh jauh. Ada juga terfikir apa yang boleh dilakukan jika saya hanya bercuti di sekitar Ipoh. Bab tu mungkin saya akan kongsikan di entri lain.

Wassalam


Selasa, 10 Mac 2015

Terasa Ingin Bercuti Sambil Berjalan

Assalamualaikum 

Buat masa sekarang ini saya memang terasa ingin sekali membawa keluarga bercuti. Tapi dengan bajet yang begitu ketat rasanya kalau bercuti pun tak boleh le jauh mana mungkin dalam negeri sahaja kot. 

Beberapa faktor perlu di ambil kira sebelum pergi bercuti,seperti kos penginapan, perjalanan, makan dan sebagainya. Aktiviti yang hendak dilakukan juga perlu diambil kira walau bajet ketat sekali pun rasanya sedikt aktiviti harus dilakukan supaya percutian tidak lah hanya duduk di tempat penginapan sahaja.

Walau bagaimana pun bagi saya objektif pergi bercuti apa yang paling penting ialah melihat senyum terukir di wajah mereka yang tersayang.

Sekian dulu untuk waktu ini. Kembali menyiapkan apa yang patut di sini mana lah tahu boleh menampung apa yang patut untuk percutian itu kelak.

Wassalam

Jumaat, 13 Februari 2015

Beberapa Senarai Topik

Assalamualaikum

Agak lama juga saya tidak mengarang sesuatu yang baru di dalam blog ini. Pertama sekali bukanlah disebabkan saya ingin mengabaikan blog ini tetapi urusan harian memang agak tight juga la sekarang ini. Tetapi di dalam itu saya ada memikirkan beberapa topik yang saya ingin kongsikan di dalam blog ini.

Berikut adalah beberapa topik yang saya rasa boleh kaitkan dengan diri saya dan kongsikan dengan pembaca blog ini (berapa kerat je kot)

1. Saya orang Perak
2. IT
3. Perkara seharian

Saya rasa topik no. 1 itu boleh membuatkan orang lain juga berkongsi pengalaman yang sama mungkin dengan saya, contoh masa kecil dulu saya selalu keliru bila di antara perkataan baruh dengan darat!

Yang topik no. 2 pula mengenai perkara perkara berkaitan IT dan teknologi cuma saya takde le buat reviu gajet atau sebagainya mungkin saya akan ceritakan mengenai pengalaman saya mengunakan sesuatu apps, software, perkakasan dan sebagainya.

Mengenai foto pula saya ada berkongsi di blog lain boleh klik di sini untuk ke blog khusus hasil fotografi saya.

Buat masa ini itu sahaja senarai yang saya boleh fikirkan, nak kekalkan momentum untuk menulis blog ini pun saya tak pasti kerana rasa dah macam jarang-jarang juga update nya.

Apapun semoga bertemu lagi

Wassalam







Isnin, 12 Januari 2015

Bermulalah Sesi Persekolahan Anak

Assalamualaikum

2 3 hari ini agak sibuk juga saya mengisahkan perihal anak hendak masuk ke sekolah. Yang sulung masuk darjah satu manakala yang nombor dua masuk tadika. Bermula dengan proses pendaftaran dan pelbagai agak sibuk juga lah pada hari pertama persekolahan. Lepas itu hendak mencari pengangkutan van atau bas sekolah pula untuk yang sulung itu ke sekolah daripada rumah pengasuh. Kelas mengaji sudah diuruskan Alhamdulillah.

Minggu ini mungkin agak kelam kabut juga dalam proses menyesuaikan keadaan sementara proses mencari pengangkutan belum diselesaikan. Nasib baik Ipoh ini takde le jem teruk sangat.

Itu sahaja lah catatan saya kali ini. Wassalam


Traveloka seorang weekend husband : ziarah

Assalamualaikum Nampak nya kali ini perjalanan yang akan ditempuhi akan terasa lebih lambat hendak sampai ke destinasinya di Simpang Empat,...