Jumaat, 6 November 2015

Mula Sebuah Akhir

Assalamualaikum

Nampaknya Nokia 525 saya sudah semakin menghampiri hari ditamatkan perkhidmatanya, bukan kerana saya berniat untuk mengantikannya pada asalnya tetapi kerana selepas satu kejadian yang menyebabkan skrin nya ada cela sedikit. Bukannya handphone saya sudah padam secara total tetapi ada beberapa ketika saya susah untuk meneka apa yang saya tekan ((sampai tahap kena teka tu).

Buat masa ini saya masih survey apa handphone yang berpatutan dengan harga dan spesifikasi yang diingini. Sama ada handphone ber o.s kan android atau masih mengekalkan windows phone bergantung kepada bajet nanti.


Wassalam


Foto Hendak Di Muat Naik Ke Mana

Assalamualaikum Saya rasa gambar yang saya tangkap di hujung minggu samada untuk hobi atau untuk sedikit wang saku akan saya bahagiakan ju...