Selasa, 20 Jun 2017

GPU Macbook Problem Pula

Assalamualaikum

Perkara yang saya khuatiri telah berlaku kepada macbook saya iaitu GPU mengalami masalah. Selalu juga saya membaca di forum dan juga di page pengguna mac di Facebook iaitu Macbook 2011 akan mengalami masalah GPU. Saya berpendapat selagi saya tidak mengunakan macbook itu dengan kadar penggunaan yang berat saya rasa ianya akan ok tetapi jangkaan saya meleset. Syukur jugalah tiada data yang sangat sangat perlu disiapkan berada di dalam macbook tersebut cuma ada beberapa foto dan video hasil daripada penerbangan dron saya yang tidak sempat saya backup.

Walau apapun hasil daripada pengalaman dan pembacaan data yang ada di dalam macbook tersebut masih boleh disedut (backup) tetapi menjelang nak raya ni segala bajet yang di luar norma kena rilek dulu takut nanti tak terhadap hari yang mendatang. Bajet untuk menukar ke GPU yang baru agak keras juga buat masa ini. Apa yang boleh saya lakukan ialah dengan menabung dan mengunakan desktop ini ala mudah alih.

Buat masa ini saya sedang masih mempertimbangkan samada untuk meneruskan usaha untuk membaiki macbook saya ini, mencari macbook lain dengan harga yang bersesuaian atau bertukar kepada laptop windows. Semua ini masih dalam perkiraan lagi kerana tahu sahajalah benda yang harga ribu ribu ni kena fikir habis dulu.


Wassalam.







Khamis, 15 Jun 2017

Tragedi Ramadhan

Assalamualaikum

Kadang-kadang apa yang kita rancangkan bukanlah semuanya menjadi. Contohnya seperti saya. Semasa pulang daripada kerja hari ini saya menunggang motor seperti biasa tetapi apabila sampai di bulatan berhampiran masjid Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong saya memulas pendikit agak lebih sedikit dan mengambil bulatan itu terlebih sedikit "baringnya" maka apa yang tidak di ingini terjadi iaitu terjatuh daripada motor. Apabila bangun dan ingin mengangkat motor saya dapat merasakan kesakitan di bahagian lutut dan apabila balik saya sedari seluar saya terkoyak.

Cuma yang dapat saya katakan kesakitan yang saya tanggung ini agak pedih juga le dan badan pun agak sengal. Kejadian ini juga mengingatkan saya agar menunggang dengan lebih berhati-hati di masa akan datang. Motor saya cuma calar saja itu part yang agak melegakan kerana takde kerosakan serius. Apa pun saya bersyukur kerana tiada kecederaan serius dan tiada kerosakan teruk.

Di akhir perenggan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa di beberapa hari lagi ramadan ini.

Wassalam.

Rabu, 7 Jun 2017

Hobi baru - drone


Assalamualaikum

Dua tiga menjak ini hobi terbaru saya adalah menguasai cara-cara mengendalikan drone. Pada mulanya agak mencabar kerana takut apa-apa terjadi ke atas drone tersebut (benda bukan murah o)
berikut saya sertakan satu klip yang hasil daripada salah satu aktiviti mengendalikan drone.



Wassalam

Wordless Wednesday

Assalamualaikum

Gambar top down Masjid Tengah

Wordless Wednesday - Petik Rambutan

Teringat masa kecil di Kampung Melayu, Sungai Rapat