Selasa, 27 Ogos 2013

Teknik Jana Wang Dengan Foto - Foto Berkumpulan

Assalamualaikum

Kali ini saya ingin berkongsi salah satu cara untuk menjanakan wang dengan foto iaitu dengan menjual gambar foto berkumpulan. Cara penjualan ini jika dilaksanakan dengan betul boleh mendatangkan untung yang agak lumayan jika kita mengoptimakan lagi pakej yang ada seperti menambah saiz, membingkaikan gambar dan sebagainya.

Biasanya saya melakukan penjualan foto berkumpulan ini jika ada majlis di pejabat tetapi ada juga rakan-rakan saya yang mengambil peluang menjual foto berkumpulan ini ketika menjadi jurugambar rasmi acara bak kata mereka sambil menyelam minum air.

Tips saya pastikan mempunyai senarai yang betul ketika mengambil tempahan dan ketika menghantar gambar. Jikalau tidak agak sukar juga untuk mengesan tempahan sudah dihantar dan juga mengesan pembayaran.

Itu sahaja untuk kali ini.

Wassalam.

Selasa, 20 Ogos 2013

Wordless wednesday : scorpion

Di ambil semasa di penang butterfly farm

Isnin, 19 Ogos 2013

Layankan Anak - Plant Vs Zombie

Assalamualaikum Kali ni nak ngisahkan gara-gara melayan anak yang minat dengan Plant vs Zombie saya pun dah ralit layan game tu. Memula main sebab nak melayan kehendak dengan tanggapan macam tak best je, last-last saya yang dok ralit layan. Objektif dia senang je rasanya iaitu jangan bagi zombie tu lepas kot lepas kiranya otak kena makan.
Pertarungan Sengit
Apa-apa pun game ni buat layan gitu gitu je kot serius sangat kang tak jalan kerja. Wassalam

Ahad, 18 Ogos 2013

Tips Apple Mac OSX : Keyboard Wireless dan juga Mac Mini ku

Assalamualaikum Lagi perkongsian pengalaman saya dengan mac mini Suatu hari saya menghadapi masalah untuk meng log masuk ke mac mini saya kerana mac mini semacam tidak menerima isyarat bluetooth keyboard saya. Saya jangkakan mungkin masalah bateri tetapi setelah membaca beberapa laman forum, saya dapati memang ada masalah sebegitu rupanya dan nasib baik keyboard USB saya masih ada dalam simpanan kerana jawapan yang saya dapati cara meng log masuk ialah dengan mengunakan keyboard USB tersebut dan kemudian menyambung kembali sembungan bluetooth di antara mac mini dengan keyboard. Harap pengalaman yang saya kongsikan ini dapat membantu. Wassalam

Khamis, 15 Ogos 2013

Tips Apple OSX : membuang sesuatu dalam Folder Trash secara selektif

Assalamualaikum Saya ingin membuang beberapa folder yang saya rasa perlu dibuang di dalam Trash tetapi saya tidak ingin mengosongkan Trash kerana saya khuatir mungkin ada folder yang perlu dibuat recovery kemudian. Jadi setelah membuat beberapa pembacaan dan praktikal saya dapati ada beberapa cara yang boleh kita lakukan, antara yang saya temui adalah kaedah manual dengan membuka Terminal dan Trash sebelah menyebelah seperti gambar saya sediakan ini.
Kemudian copy folder yang ingin kita buang itu ke terminal dan tekan return
Itu sahaja tips saya kali ini kerana saya sedang mengemaskinikan Mac saya yang mempunyai ruang storan yang terhad ini Wassallam Disclaimer : Post says mengenai tips mengunakan Peranti Apple serta perisian nya adalah secara berkongsi pengalaman saya mengunakannya dan saya tidak bertanggungjawab jika terjadi sebarang masalah dengan peranti Apple anda kerana saya hanya berkongsi pengalaman saya sahaja

Rabu, 14 Ogos 2013

Tips Mac Mini : pengenalan

Assalamualaikum 

Saya terfikir untuk berkongsi pengalaman saya mengunakan sistem mac yang berbeza dengan sistem windows. Tujuan saya berkongsi pengalaman bukanlah kerana hendak eksyen ke apa ke tapi lebih kepada berkongsi pengetahuan. Semasa saya hendak mencari maklumat tentang cara mengunakan mac dalam Bahasa Melayu hanya ada beberapa site sahaja yang ada.

Wassalam.

Isnin, 12 Ogos 2013

Membuat Pertimbangan

Assalamualaikum Saya sedang memikirkan untuk memberi tips tentang pengunaan Mac, FInal Cut atau yang berkaitan kerana saya dapati kurang nya tips dalam Bahasa Melayu ketika saya menghadapi kesulitan untuk menghadapi pertukaran daripada sistem Windows ke Mac. Agak terkial-kial mencari panduan maka terpaksa la mencari tips di dalam Bahasa Inggeris. Nawaitu hendak memberikan tips ini bukanlah hendak menunjuk pandai atau berasa diri sudah pakar cuma ingin berkongsi sedikit ilmu yang ada. Harap dipermudahkan. Wassalam

Selasa, 6 Ogos 2013

Ucapan Selamat Hari Raya

Lensa Fikiran ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua.

Traveloka seorang weekend husband : ziarah

Assalamualaikum Nampak nya kali ini perjalanan yang akan ditempuhi akan terasa lebih lambat hendak sampai ke destinasinya di Simpang Empat,...