Rabu, 27 Februari 2013

Stok extra moist chocolate kek dah sampai

Setelah lama tidak memesan stok jualan kek disebabkan beberapa faktor, hari ini saya telah kembali memesan kek tersebut kerana banyak permintaan daripada rakan-rakan di pejabat.

Selasa, 26 Februari 2013

Jumaat, 22 Februari 2013

Cloud Storage Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekali lagi topik yang ingin di sentuh kali ini ialah mengenai cloud storage. Sejak akhir akhir ini banyak fail video dan gambar yang perlu saya uruskan dengan selamat. Selalunya untuk satu fail saya akan pastikan ada salinan untuk fail tersebut. Selalunya saya akan simpan fail foto atau video pengantin tersebut selama 3 tahun dan dengan fail video yang memakan ruang yang banyak saya memerlukan alternatif selain daripada external hardisk. Salah satu solusi untuk masalah tersebut ialah dengan menyimpan di dalam cloud storage atau simpanan awan. Saya sudah mengunakan beberapa perkhidmatan simpanan awan dan saya rasa mediafire ini adalah yang terlaju untuk memuat naik gambar tersebut ke ruangan mereka. Cuma saya harap jangan ada masalah dengan perkhidmatan mereka di masa hadapan. Itu sahaja la entri untuk kali ini. Wassalam

Khamis, 21 Februari 2013

Peningkatan - jumlah pengunjung

Assalamualaikum Dalam beberapa bulan sejak saya kembali mengaktifkan blog ini ada la peningkatan pengunjung (unique visitor) yang melawat blog saya ini. Walaupun tak banyak tetapi daripada statistik yang saya dok perhatikan setiap hari rasanya ada peningkatan. Saya rasa patut berterima kasih kepada follower G+ saya dan follower blog ini (tak ramai mana pun). Tetapi at least ada la. Wassalam.

Photobooth - inginkan kelainan di majlis perkahwinan

Hubungi Sham 0124665133 untuk keterangan lanjut

Ahad, 17 Februari 2013

Convert IR ke Hitam Putih : Part 2

Lagi satu gambar IR (Infra Red) yang telah saya tukarkan ke hitam putih Kamera : D70s (Infrared versi Mercy) Lokasi : Semanggol, Perak

Jumaat, 15 Februari 2013

Try Macro Part 3

Kali ini saya sekali lagi mencuba untuk menghasilkan gambar macro mengunakan samsung galaxy W. Untuk entri kali ini saya cuba untuk meng"crop"kan gambar pada sudut yang agak "zoom". Kamera / Handphone : Samsung Galaxy W ( Setting Makro, Exposure di turunkan sedikit) Perisian : Adobe Photoshop

Khamis, 14 Februari 2013

Secawan kopi-o

Pekena kopi-o secawan dulu sebelum start mengedit gambar-gambar kahwin yang perlu dibereskan. Boleh lawati blog foto gambar perkahwinan yang saya hasilkan di http://fahmifoto.blogspot.com

Wasalam

Isnin, 11 Februari 2013

Sampan Mambang Di Awan

Lokasi : Mambang Di Awan

Convert IR ke b&w

Gambar di ambil mengunakan kamera IR D70s versi mercy manakala lokasi di Gopeng, Perak. Gambar IR telah di tukarkan ke versi hitam putih mengunakan perisian Lightroom.

Ahad, 10 Februari 2013

Cloud Storage - akses di dalam talian

Assalamualaikum Antara masalah yang sering dihadapi ialah kekurangan ruang di cakera keras untuk penyimpanan data. Menyimpan data untuk foto dan video memerlukan ruang yang besar. Salah satu jalan penyelesaian ialah dengan membeli external hard disk dan salah satu lagi cara yang saya rasakan agak fleksibel ialah dengan mengunakan "cloud storage". Antara perkhidmatan "cloud storage" yang saya gunakan ialah Dropbox dan 4shared. Biasanya fail fail yang saya simpan di dalam perkhidmatan tersebut ialah fail yang telah saya berikan pada pelanggan tetapi sebagai back-up selalunya saya simpan di 4shared. Inilah salah satu cara saya untuk menyimpan data. Wassalam.

Sabtu, 2 Februari 2013

Bird on a wire

Gambar burung yang di ambil semasa di lokasi majlis perkahwinan Zureen & Hafiz di Ulu Dedap, Perak. Semasa ini rasanya kalau ada lensa tele-zoom memang agak menarik untuk mengambil gambar burung ini.

Traveloka seorang weekend husband : ziarah

Assalamualaikum Nampak nya kali ini perjalanan yang akan ditempuhi akan terasa lebih lambat hendak sampai ke destinasinya di Simpang Empat,...