Rabu, 29 Mac 2017

Teringat Perihal Minyak

Assalamualaikum

Menurut pengumuman yang dibuat oleh memanda menteri baru-baru ini harga minyak akan diumumkan secara mingguan. Bagi golongan biasa macam saya ni hadap je lah.

Ok entri kali ini bukanlah nak hentam sesiapa cuma teringat kisah beberapa tahun lepas masa itu gaji pun tak banyak tapi hutang banyak. Ditakdirkan ada seorang kawan ni ajak pergi sambutan hari jadi anaknya yang di kampung isterinya, takde le jauh dari Ipoh tapi nak pergi Parit jenuh juga le. Masa nak balik tu saya dengan kawan saya Tun Imran ada lebihan RM1 seorang maka dengan RM2 itulah kami isi minyak di pekan Parit dan terus balik Ipoh. Alhamdulillah sampai juga ke destinasi.

Kadang-kadang perkara macam itu bila kita teringat balik (macam cerita entri ini) ada kenangannya yang tersendiri dan itulah yang membuat peristiwa ini masih menjadi kenangan.

Wassalam

Selasa, 28 Mac 2017

Rabu, 22 Mac 2017

Sukar Mengingati Kata Laluan

Assalamualaikum

Megingati kata laluan kadang-kadang adalah satu perkara yang mencabar bagi saya kerana saya ada banyak juga aplikasi yang mengunakan kata laluan baik di tempat kerja mahupun di rumah. Kadang-kadang untuk menetapkan satu kata laluan yang sama untuk semua aplikasi adalah mustahil. Ini kerana ada aplikasi yang begitu sangat sensitif seperti perbankan internet misalnya manakala ada aplikasi yang digunakan untuk berkerja.

Buat masa ini saya cuba mengingati nya melalui minda tetapi kadang-kadang tak mahu juga. Saya ada juga cuba mencatat kata kunci saya di dalam diari tetapi situasi ini di pejabat saja lah di mana alat tulis senang didapati. Buat masa ini cara saya adalah dengan men set semula kata laluan baru jika sudah lupa kata laluan lama. Walau bagaimana pun cara ini saya rasakan sedikit renyah kerana perlu menunggu emel reset sampai.

Saya tidak menolak kemungkinan untuk mencari apps yang sesuai untuk mentadbir kata kunci yang saya miliki. Jikalau saya rasa ada apps yang saya rasa ngam akan saya kongsikan entri nya di sini tentang apa apps yang saya rasa ok.

Sekian sahaja untuk masa ini.

Wassalam

Selasa, 21 Mac 2017

Mencuba Tema Baru Blogger

Assalamualaikum

Blogspot telah memperkenalkan beberapa tema baru untuk blogger seperti saya yang mengunakan templet daripada pihak blogspot. Nampak gayanya tema baru yang diperkenalkan ini nampak menarik dan segar dengan penyesuaian boleh dilakukan untuk lebih kena dengan kemahuan kita.

Entri terbaru akan menyusul, cuma buat masa ini keadaan di tempat kerja memang sangat-sangat jenuh (slang Perak) ada dua tiga topik yang saya cadang untuk dijadikan entri. Insyallah dalam masa terdekat ini.

Wassalam

Ahad, 12 Mac 2017

Bukit Kledang Revisited

Assalamualaikum

Sudah agak lama juga tidak ada entri baru yang saya kongsikan dengan pembaca dan kali ini saya bercadang untuk berkongsi pengalaman ke Bukit Kledang. Bukit Kledang ialah salah satu tempat rekreasi yang menjadi tumpuan orang ramai. Lokasi Bukit Kledang terletak berhampiran pekan Menglembu.

Berikut saya sertakan beberapa gambar yang sempat saya rakamkan di kala menaiki dan menuruni Bukit Kledang.



Stesen Sesmologi : Checkpoint Saya Masa Mula-mula Memanjat Bukit Kledang 


Trek Denai 


Gambar Mod Panorama

Taman

Selamat Sampai

*Gambar Di Ambil Mengunakan Honor 5X

Wordless Wednesday - Petik Rambutan

Teringat masa kecil di Kampung Melayu, Sungai Rapat