Ahad, 29 September 2013

Tiada Ganti

Assalamualaikum
Pada hari sabtu yang lepas semasa saya sedang melakukan kerja video untuk seorang kawan tiba-tiba saya mendapat panggilan telefon daripada isteri saya mengatakan bahawa bapa saya telah dimasukkan ke hospital kerana disyaki menghadapi serangan jantung. Apalagi memang rasa tidak keruan juga la apabila mendengar berita tersebut. Saya terpaksa meminta khidmat kawan saya seorang lagi untuk mengantikan tempat saya. Agak lewat juga dia tiba tetapi yang penting ada orang ganti.
Apabila sampai di rumah saya terus bersiap dan menuju ke hospital selepas itu. Tibanya di sana saya dapati bapa saya diempatkan di bilik pemerhatian. Katanya dia menunggu daripada pagi untuk mendapatkan keputusan. Sementara menunggu keputusan saya bertanya kepada bapa saya apa pemeriksaan yang telah dilakukan dan jawabnya ujian darah telah dijalankan. Sekitar pukul 7 barulah keputusan diberi oleh doktor dan bapa saya dibenarkan pulang. Lega rasanya.
Wassalam


Jumaat, 27 September 2013

Youtube memberikan lagu percuma untuk video

Assalamualaikum

Membuat video untuk majlis perkahwinan bagi saya adalah satu proses yang memerlukan ketelitian untuk menyesuaikan satu satu babak itu dengan lagu yang menjadi latar belakang babak itu supaya mood yang ingin disampaikan kena dengan babak itu. Kadangkala kita mengunakan lagu yang romantis supaya kena dengan babak itu. Tetapi mengunakan lagu popular kadang kala menyebabkan video kita tidak boleh disiarkan di Facebook atau jika disiarkan di Youtube mungkin tiada suara akan kedengaran kerana kita telah melanggar hak cipta lagu tersebut. ini kadangkala agak mengecewakan kerana kita tidak dapat mempromosikan video kita kepada khalayak. Jadi langkah yang baru diambil oleh Youtube baru-baru ini dengan memberikan lagu percuma (selalunya dipanggil creative commons) adalah amat dialu-alukan. Saya berharap dapat menghasilkan video yang lebih kreatif lagi selepas ini.

Wassalam

Khamis, 26 September 2013

Balik awal boleh bersenam

Assalamualaikum

Sekarang ini rasanya kesempatan untuk bersenam memang payah nak dapat sebab kalau balik kerja dah lewat lepas itu kena selesaikan berbagai perkara dulu barulah ada waktu senggang. Tetapi dalam minggu ini saya sempat balik jadi apa lagi buat la beberapa senaman yang saya tahu antaranya ialah jalan di dalam kawasan rumah sambil mengunakan apps step counter. Jenuh gak ler jalan merata dalam rumah tapi bila tengok kiraan langkah sikitnya rasa macam dah jalan sakan dah kalori pun terbakar sikit je. Nampak gaya balik arini kena cuba bagi kalori lebih lagi pembakarannya.

Wassalam

Ahad, 22 September 2013

Riadah Hujung Minggu : Hutan Lipur Papan

Assalamualaikum

Setelah sekian lama tiada peluang untuk mencuba teknik slow shutter maka pada hujung minggu ini yang tiada apa-apa acara untuk ditangkap gambarnya maka saya pun mengambil keputusan menuju ke hutan lipur Papan (Papan nama tempat di Perak)

Masa mula-mula sampai gerun juga sebab keseorangan di situ tapi saya pikir selamba je lah. Fotografi sebagai hobi adalah salah satu cara  untuk saya mencari inspirasi baru dalam membuat kerja-kerja foto video saya.

Wassalam.



Air Cetek Buat Masa Ini (Samsung Galaxy W - Panorama Apps)
 
Salah satu spesis rama-rama (Gambar Samsung Galaxy W)

 
Salah satu spesis bunga yang ada (gambar Samsung Galaxy W)
 

Sabtu, 21 September 2013

Jual sampah pun ada hasil

Assalamualaikum

Sekarang ini saya dalam proses hendak berpindah rumah. Jadi dalam proses hendak berpindah ini maka adalah sampah adalah hasil sampingan daripada proses.mengemas ini. Tapi bukanlah semua sampah boleh dijual. Ada yang memang dibuang awal-awal lagi. Sampah yang saya jual ini juga ada yang saya kumpul seperti surat khabar lama. Ada pula macam kotak tripod saya tu yang tripodnya dah hilang (cuai) jadi kot nak simpan pun buat apa.

Tapi nak kata dapat ratus-ratus memang takdele tapi daripada buang begitu sahaja ada la juga dapat hasil.

Wassalam

Speedtest Broadband Celcom Pakej 2 Minggu

Assalamualaikum

Maaf kalau post saya kali ini membosankan dengan membentangkan kajian saya mengenai speedtest celcom broadband saya ini. Tetapi rasanya alang-alang dah menunggu 2 minggu mengumpul data maka ada baiknya jika saya berkongsi post ini dengan umum.

Khamis, 19 September 2013

Sokong perniagaan rakan-rakan

Assalamualaikum

2 3 menjak ni bukan tidak mahu menulis atau menerbitkan post baru tetapi ada sedikit kegusaran yang timbul kerana ada masalah teknikal yang timbul dengan komputer saya. Memang tak senang duduk dibuatnya dalam bahasa orang Perak "Libang Libu". Tapi macam mana sekalipun hidup perlu diteruskan.

Maka apabila ada seorang kawan mengajak saya untuk menemani beliau menghantar kicap kepada seorang lagi kawan yang meniaga kuetiau goreng saya pun bersetuju. Niat saya untuk membantu kedua-dua rakan tersebut tercapai juga. Semoga mereka akan terus bekerjasama selepas ini.

Sebelum terlupa jika ada sesiapa mahukan kuetiau untuk majlis atau acara boleh hubungi 019-5769216 faizal untuk kicap pula boleh hubungi 012-4665133 sham dan jika inginkan perkhidmatan foto & video boleh email saya di fahmi_sp@yahoo.com (promote diri sendiri jugalah 😃)

Sabtu, 14 September 2013

Projek last minit

Assalamualaikum

Hari ini ketika hendak bersiap untuk pergi berjalan jalan di padang rekreasi yang berdekatan dengan rumah saya mendapat panggilan daripada kawan saya berkata ada projek video yang memerlukan juruvideo. Saya terus setuju sahaja kerana kalau ikut plan tiada apa yang menarik untuk dilakukan hari ini. Rasa bersyukur juga kerana mendapat projek last minit.

 Alhamdulillah.

DJ Remy sedang bertugas 

Isnin, 9 September 2013

Beita Baik Daripada Pixoto

Assalamualakum

Alhamdulillah, hasil kerja saya telah dipilih sekali lagi untuk menerima penghargaan daripada pengguna laman Pixoto iaitu sebuah laman perkongsian gambar. Walaupun tidaklah saya menang hadiah atau kategori yang gempak tapi sekurangnya dapat jugalah penghargaan. Memang 2 3 menjak ini memang saya rajin mencari bahan untuk hobi foto dan sambil itu dapat juga bahan untuk blog saya.

Wassalam



Pixoto award

Ahad, 8 September 2013

Ke Teluk Intan dengan misi - Nasi Kandar Sultana

Assalamualaikum

Kalau baca bunyi tajuk tu macam gempak je sebenarnya takdele misi apa pun cuma nak menghantar gambar kahwin kepada pengantin yang tinggal di Teluk Intan.

Kalau ikut boleh sahaja hantar dengan poslaju tapi saja ambil kesempatan ke sana untuk mencuba Nasi Kandar Sultana. Masa sampai di lokasi perut sudah lapar jadi bertambah la nasi.

Tapi dengan kenaikan harga minyak rasanya tak boleh selalu nak meninjau tempat-tempat menarik kot nak pergi juga kena perancangan yang betul. Walau bagaimanapun harga pakej gambar saya masih dikekalkan.

Wasalam

Nasi Kandar Sultana 


Ikon Teluk Intan, Menara Condong


Tour Guide ke Nasi Kandar Sultana, Pok Lah

Khamis, 5 September 2013

Tutorial acdsee di tepi pagar

Assalamualaikum

Kalau baca tajuk memang bunyinya macam lawak tapi disebabkan masa yang terhad saya dan kawan saya memutuskan untuk berjumpa di tepi pagar sekolah dia mengajar  untuk saya bertanya pada kawan saya bagaimana cara untuk mengunakan acdsee 3.0

Mungkin akan ada sedikit tutorial mengunakan acdsee 3.0 daripada saya.

Rabu, 4 September 2013

Boleh ke pun

Assalamualaikum Hari ini saya ambil cuti tahun dengan harapan dapat habis mengedit video satu pengantin ni dan juga dapat servis kereta. Di kesempatan bercuti ini apa lagi pergi ke padang terdekat untuk melakukan sedikit senaman. Lepas balik bersenam ni rasanya nak kembali bergiat aktif setelah agak kurang melakukan aktiviti sepanjang Ramadhan dan Aidilfitri. Boleh ke tak boleh kurangkan berat badan entah ler tapi kot dapat mengekalkan kesihatan jadi ler.

Isnin, 2 September 2013

Harga RON95 naik buat internet jadi slow?

Assalamualaikum

Berdasarkan kesinambungan entri saya yang lepas berkaitan dengan kadar plan mempengaruhi kadar kelajuan internet maka saya telah berusaha untuk membuat beberapa speedtest broadband celcom saya ini. Jika pada entri saya yang terdahulu saya mengunakan plan rm5 untuk tempoh 24 jam kali ini saya mengunakan plan rm18 untuk tempoh seminggu.

Berikut saya sertakan beberapa screen capture yang diambil. Saya dapati dalam jam 10 kelajuan internet saya agak lembab sedikit. Teori saya mungkin kesan kenaikan RON95 menyebabkan ramai pengguna internet ingin berkongsi pendapat mereka di internet (Teori semata ok) .

Wassalam.

Mini jamuan raya dan RON95 naik

Assalamualaikum Kawan saya di pejabat hari ini telah berbesar hati untuk membuat sedikit jamuan dengan membeli mee goreng mamak yang agak famous juga di Ipoh ini iaitu Mee Goreng Cathay kerana janjinya untuk membawa kuih raya tidak dapat ditunaikan. Bagi saya ok sahaja itupun rezeki juga. Tapi yang tak best nya bila balik kerja hari ni terbaca yang RON95 akan naik pada 3 september 2013. Saya dok mencongak-congak bulan mendatang ini bakal terkesan atau tidak bajet saya dengan kenaikan harga petrol ini. Kena lebih berjimat cermat lepas ini. Wassalam Ps : terbantut jap cadangan nak buat promosi pakej bajet untuk sept hingga oktober bagi pakej gambar perkahwinan

Ahad, 1 September 2013

Cara Mengunakan gambar di Flickr ke Blogspot

Assalamualaikum Kawan saya Iwan pernah bertanya kepada saya bagaimana untuk menambahkan lagi gambar di blogspot kerana had nya telah habis di blogspot. Jadi saya mencadangkan kepada beliau untuk mengunakan Flickr sebagai tempat simpanan gambarnya dan kemudian mengunakan link yang diberi untuk dimasukkan ke dalam blogspot. Memandangkan masa tidak mengizikan saya untuk bertemu dengan beliau jadi saya bercadang untuk berkongsi dengan pembaca blog saya ini langkah-langkahnya flickr 1 Mula Mula klik pada gambar yang kita hendak kongsikan di blogspot Kemudian flickr2 Klik pada ikon yang ditunjukkan flickr3 Copy kod yang ada (selalunya saya akan memilih saiz imej medium) flickr4 Tampal kod yang disalin ke ruang blogspot flickr5 Selamat mencuba Iwan dan semua harap berjaya. Wassalam

Simpanan Awan (Cloud Storage) - Mengapa memilih mengunakan Dropbox

Assalamualaikum Salah satu sebab mengapa saya memilih untuk mengunakan simpanan awan adalah kerana pemindahan fail yang dapay saya lakukan tanpa berjumpa dengan rakan saya yang melakukan khidmat fotografi untuk saya. Gambar-gambar yang diambil oleh beliau dipindahkan melalui cloud storage. Kami telah bersepakat untuk mengunakan dropbox kerana saya rasa ianya mudah untuk digunakan. Melalui dropbox juga kami telah dapat menjimatkan wang dengan tidak perlu berjumpa secara fizikal. Lagi satu sebab mengapa saya menyukai dropbox adalah kerana saya tidak perlu untuk menyimpan keseluruhan data di dalam hard disk saya cukup sekadar yang saya perlukan sahaja saya simpan di hard disk saya untuk menyiapkan album gambar tersebut. kepada yang ingin mencuba boleh klik pada link di Google+ saya. Wassalam. imej dropbox

Test Broadband Speed : Celcom X-Pax Broadband

Assalamualaikum Selama ini saya tidak pernah mencuba untuk mengetahui berapakah kelajuan internet saya. Tetapi setelah berbual dengan kawan saya pada satu sesi minum petang merdeka kami bersetuju bahawa kelajuann broadband celcom adalah tidak konsisten. Laju pada permulaan kita mendapat servis broadband itu tetapi agak perlahan pada hari-hari terakhir tempoh perkhidmatan itu akan tamat. Dan menurut kawan saya jika kita hanya mengambil pelan sehari iaitu RM5 kelajuan internet adalah tidak lembab. Maka saya ingin mencuba untuk melihat samada tekaan kami ini tepat. Jadi pada hari ini (iaitu 1.9.13) saya telah mengambil pelan 24 jam yang bernilai RM5. ini adalah bacaan yang saya ambil hari ini test download result on 1st sept 13 Saya mendapatkan data ini daripada speedtest.my manakala peranti yang saya gunakan untuk menghubungkan laptop Compaq CQ40 ini ke internet ialah Samsung Galaxy W. Setakat 1.9.2013 ini sahajalah percubaan saya, nantikan percubaan saya mengunakan Plan RM18 (seminggu) dan Plan RM28 (2 minggu) Wassalam

Traveloka seorang weekend husband : ziarah

Assalamualaikum Nampak nya kali ini perjalanan yang akan ditempuhi akan terasa lebih lambat hendak sampai ke destinasinya di Simpang Empat,...