Tiada Ganti

Assalamualaikum
Pada hari sabtu yang lepas semasa saya sedang melakukan kerja video untuk seorang kawan tiba-tiba saya mendapat panggilan telefon daripada isteri saya mengatakan bahawa bapa saya telah dimasukkan ke hospital kerana disyaki menghadapi serangan jantung. Apalagi memang rasa tidak keruan juga la apabila mendengar berita tersebut. Saya terpaksa meminta khidmat kawan saya seorang lagi untuk mengantikan tempat saya. Agak lewat juga dia tiba tetapi yang penting ada orang ganti.
Apabila sampai di rumah saya terus bersiap dan menuju ke hospital selepas itu. Tibanya di sana saya dapati bapa saya diempatkan di bilik pemerhatian. Katanya dia menunggu daripada pagi untuk mendapatkan keputusan. Sementara menunggu keputusan saya bertanya kepada bapa saya apa pemeriksaan yang telah dilakukan dan jawabnya ujian darah telah dijalankan. Sekitar pukul 7 barulah keputusan diberi oleh doktor dan bapa saya dibenarkan pulang. Lega rasanya.
Wassalam


Ulasan