Sabtu, 27 Mei 2017

Selamat Menyambut Bulan Ramadan

Assalamualaikum

Di sini saya ingin mengucapkan Salam Ramadan kepada pengunjung blog ini. Saya pertama kali bakal berpuasa berjauhan daripada keluarga pada tahun ini. Perasaan itu saya pun tak tahu macam mana nak gambarkan tapi demi tugas dan juga demi kesinambungan hidup terpaksalah diteruskan jua. Dalam hati ini kalau boleh memanglah hendak berbuka bersama keluarga tetapi apakan daya sudah takdir mencari rezeki berjauhan daripada mereka.

Itu sahajalah catatan saya kali ini.

Wassalam

Isnin, 15 Mei 2017

Cubaan Balik Kampung Dengan Kenderaan Awam

Assalamualaikum

Baru baru ini pada cuti Hari Wesak yang lepas saya terpaksa pulang ke kampung mertua kerana keadaan bapa mertua yang uzur. Disebabkan saya tiada pilihan maka kenderaan awam adalah pilihan yang ada.

Saya bukanlah 100% menaiki kenderaan awam kerana daripada rumah sewa di Bukit Jelutong saya menumpang kawan ke Shah Alam. Saya yang pertama kali menaiki kenderaan dari Shah Alam ke KL Central berpandukan arahan daripada Francis, rakan serumah saya.

Menaiki bas Rapid bernombor 750 kemudian tiba di KL Sentral untuk membeli tiket ETS ke Taiping. Harga tiket untuk platinum agak keras juga la jadi saya mencari yang kelas bawah sikit, dapatlah tiket pukul 1.15.

Sementara menunggu masa berlepas saya pun sempat la bertemu dengan rakan yang bergiat dalam fotografi analog. Sempat la juga bertukar pendapat mengenai kamera, proses filem, dunia fotografi dan sebagainya.

Lebih kurang pukul 12.40 saya kembali ke KL Sentral untuk menunggu keretapi. Setibanya disana saya yang pertama kali menaiki keretapi daripada KL Sentral bertanya kepada petugas di mana terminal keretapi ke Taiping. Lebih kurang pukul 1.00 saya turun di terminal C dan menaiki tren. Masa perjalanan lebih kurang 3 jam untuk tren dari KL Sentral ke Taiping.

Itu sahaja entri untuk kali ini.

Wassalam

Wordless Wednesday - Petik Rambutan

Teringat masa kecil di Kampung Melayu, Sungai Rapat