Rabu, 27 November 2013

Wordless Wednesday : santai di malam hari

Screen shot by fahmi zuruugambar
Screen shot, a photo by fahmi zuruugambar on Flickr.

Sekali sekala kena berehat juga

Isnin, 25 November 2013

Musim Itu Tiba

Assalamualaikum

Agak sibuk 2 3 menjak ini dengan perjumpaan dengan rakan-rakan untuk menyusun jadual menangkap gambar dan video untuk majlis perkahwinan al maklumlah musim cuti sekolah telah tiba dan saya salah seorang daripada mereka yang mencari rezeki tambahan di musim ini. Agak sibuk juga dengan membuat temujanji berjumpa bakal pengantin, rakan sepasukan, vendor dan beberapa pihak yang terbabit.

Insha Allah akan saya gagahkan jua untuk kembali berblog di blog ini walaupun di blog yang satu lagi iaitu http://fahmifoto.blogspot.com ada juga saya update.

Setakat ini dulu.

Wassalam.

Selasa, 19 November 2013

Tambah pelaburan

Assalamualaikum

Di kala entri ini diterbitkan saya baru berjumpa dengan ejen unit amanah yang saya melabur. Berjumpa dengan beliau untuk mendapatkan info tentang keadaan pasaran dan apa yang berkaitan. Melabur ini adalah untuk simpanan di hari tua.

2 3 menjak ini meluangkan masa untuk hobi fotografi memang tiada masa rasanya kerana beberapa perkara yang perlu di lunaskan dahulu.

Ok masa untuk kembali ke pejabat.

Wassalam

Isnin, 18 November 2013

Rezeki di hari Selasa

Assalamualaikum

Pada hari ini kesihatan saya masih kurang ok lagi disebabkan batuk yang membuatkan saya terjaga di kala sudah lena tidur. Sudah cuba makan ubat dan sebagainya tapi belum lagi berhasil.

Di pejabat di kala masih mencuba untuk menahan mengantuk disebabkan tidur yang diganggu oleh batuk, ada pula rakan sejawat yang sudi untuk menaja makan tengahari satu pejabat kerana mereka telah ditetapkan jawatan.

Selepas makan pula ada seorang kawan yang inginkan perkhidmatan fotografi saya. Alhamdulillah ada rezeki yang datang tanpa disangka.

Itu sahaja coretan saya untuk hari ini.

Wassalam.

p/s : dok nguap sakan lagi ni tahan ngantuk

Ahad, 17 November 2013

Pagi Tidak Sama Lagi

Assalamualaikum

Selalunya dalam perjalanan ke pejabat di waktu pagi saya akan memilih untuk mendengar siaran hot fm. Mungkin kena dengan apa yang hendak saya dengar dengan celoteh dj yang bertugas tetapi rasanya pagi hari-hari mendatang mungkin akan rasa berlainan sedikit dengan pengunduran salah seorang deejay yang bertugas iaitu Faizal Ismail.

Perkongsian entri ini mungkin lambat sedikit tapi saya rasa saya perlu mendengar dulu siaran hot fm semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Mungkin sedikit masa lagi perubahan ini akan diterima.

Patah tumbuh hilang berganti ye tak.

Wassalam

https://www.youtube.com/watch?v=_4lYc6WUqqQ&feature=youtube_gdata_player

Rabu, 13 November 2013

Alternatif Kepada Cakera Keras Fizikal (External Hard Disk)

Assalamualaikum

Jika semalam saya ada buat entri wordless wednesday tentang cakera keras luaran yang saya perlu di sini, hari ini saya ingin bercerita lagi sekali tentang alternatif yang ada iaitu simpanan awan atau cloud storage.

Salah satu cloud storage yang saya selalu gunakan ialah dropbox kerana verstailitinya dengan segala OS yang saya gunakan samada di platform android, windows mahupun IOS. Ini adalah antara faktor yang menyebabkan saya gunakan ia selalu berbanding dengan cloud storage lain.

Jadi jika berminat untuk mula mengunakan dropbox boleh daftar di sini.

Setakat ini catatan saya di entri ini.

Wassalam


Ahad, 10 November 2013

Berhijrah di bulan Hijrah

Assalamualaikum
Setelah beberapa entri saya dok bercerita tentang hasrat untuk berpindah (antaranya di sini) maka kini tibalah harinya. Dengan bantuan rakan dan adik-beradik, barangan dari rumah lama  berjaya dipindahkan ke rumah baru.
 
Ketika catatan ini dibuat badan ini masih berasa sengal akibat mengangkat barang. Walau badan penat tapi perasaan masih gembira kerana berjaya berpindah ke rumah sendiri.

Wassalam

P/s : internet sedia ada agak slow di sini maybe tukar kepada yang ini kot

Selasa, 5 November 2013

Penangan Durian

Assalamualaikum

Baru-baru ini saya dok ber wassapp dengan seorang kawan saya bercerita perihal akibat selepas makan durian.

Durian kalau dimakan dengan kuantiti yang banyak faham-faham sahajalah akibatnya panas badan atau mungkin pening kepala. Ditambah pula dengan faktor usia dan kurangnya senaman.

Kawan saya tu katanya tahun ini dengan tahun hadapan cukuplah kuotanya. Saya tengok keadaan manalah tahu kot tiba keinginan karang tahu jelah.

Ini sahajalah coretan untuk kali ini.

Wassalam

Wordless Wednesday : Laptop Lama

Laptop lama yang masih ku gunakan

Isnin, 4 November 2013

Macam Menarik Je

Assalamualaikum

Sekali tengok koleksi Nikon di dalam post Nikonrumours ni macam menarik je, bukan apa ia mengingatkan saya kepada salah satu kamera Nikon yang pernah saya ada dulu Nikon FM2 tetapi biasalah bila bercerita mengenai gajet ini tidak lari tidak bukan ialah berapa RM nya.

Nampak memanglah menarik tetapi kot dah di luar kemampuan sabar je lah dulu. Buat masa ini gunakanlah apa yang ada sepenuhnya.

Gambar di ambil daripada Nikonrumours.com

Wassalam

p/s : Kot ada ini pun boleh buat kamera :)

Salam 1 Muharam

Assalamualaikum

Di pagi 1 Muharam ini saya ingin mengucapkan Salam 1 Muharam kepada semua pembaca blog ini yang mengikuti dan juga mungkin terbaca secara tidak sengaja. Saya berpesan kepada diri sendiri agar jadikan 1 Muharam ini satu titik perubahan kepada gaya hidup dan juga segala-galanya lah.

Sering kali juga saya cuba untuk berubah contohnya cuba untuk mengelakkan menjadikan kerja tertangguh tetapi tetap macam payah juga ada saja faktor yangb menghalang. Di harap kali ini dengan persekitaran baru (bakal berpindah - hijrah juga tu) cara kerja saya akan berubah.

Itu sahaja coretan untuk pagi 1 Muharam ini.

Wassalam

p/s : kot la dapat tukar juga ke arah ini blogging mungkin jadi mudah

Ahad, 3 November 2013

Kembali Di Hari Isnin

Assalamualaikum

Agak lama juga saya menyepikan diri (beberapa hari je). Agak sibuk dengan tuntutan hidup dengan hendak berpindahnya dengan hendak menyiapkan kerja-kerja video saya  dan beberapa perkara lain.

Cuma hendak menceritakan walaupun dalam kesibukan yang melanda sempat juga saya melayan kerenah isteri yang tiba-tiba mengidam udang galah selepas menyaksikan cerita tentang udang galah di Majalah 3 Isnin lepas. Saya pula tiba-tiba berminat hendak mencari durian mungkin sebab tak puas makan durian yang dibeli di pasar malam hari itu.

Itu sahaja coretan untuk dikongsi kali ini.

Wassalam

Wordless Wednesday - Petik Rambutan

Teringat masa kecil di Kampung Melayu, Sungai Rapat