Rezeki di hari Selasa

Assalamualaikum

Pada hari ini kesihatan saya masih kurang ok lagi disebabkan batuk yang membuatkan saya terjaga di kala sudah lena tidur. Sudah cuba makan ubat dan sebagainya tapi belum lagi berhasil.

Di pejabat di kala masih mencuba untuk menahan mengantuk disebabkan tidur yang diganggu oleh batuk, ada pula rakan sejawat yang sudi untuk menaja makan tengahari satu pejabat kerana mereka telah ditetapkan jawatan.

Selepas makan pula ada seorang kawan yang inginkan perkhidmatan fotografi saya. Alhamdulillah ada rezeki yang datang tanpa disangka.

Itu sahaja coretan saya untuk hari ini.

Wassalam.

p/s : dok nguap sakan lagi ni tahan ngantuk

Ulasan