Ahad, 10 Januari 2016

Jumpa Geng Street Outing

Assalamualaikum

Hobi fotografi jalanan yang saya selalu buat pada hujung minggu nampaknya makin bertambah kenalan bermula pada awal tahun ini dengan outing pertama di hari pertama tahun baru dapat saya berkenalan dengan Fuji LIm Pak Su dan Nurshan Nusi (Nama Facebook) dan pada hari ini pula saya dapat bertemu lagi dengan beberapa orang lagi. Di antaranya ialah Yon Fotografi dan Asrul Sani manakala Muhd Izni pula sudah lama saya kenali.


Beberapa foto yang sempat di snap pada hari ini

Nantikan entri lain mengenai fotografi jalanan atau fotografi am nya.

Wassalam



*Update

Entri mengenai foto jalanan yang saya rakamkan telah saya update di sini


Jumaat, 8 Januari 2016

Catatan Pertama Untuk 2016

Assalamualaikum

Inilah catatan pertama blog ini untuk tahun 2016. Tidak banyak yang hendak saya katakan melainkan bersyukur kerana masih disini untuk berblog dan juga berfoto. Banyak masa saya sekarang ditumpukan pada penyiapan album hasil daripada blog jurufoto perkahwinan. Ada kalanya ada rasa macam tak larat tetapi saya memilih untuk lebih rasa bersyukur kerana makin banyak peluang maka makin banyak pendapatan. Tetapi ada kalanya saya sempat juga mencuri masa di hujung minggu untuk berfoto dan hasilnya saya pos di sini, jika tiada tugasan sebagai jurufoto perkahwinan.

Harapan saya untuk tahun mendatang ini semoga blog jurufoto perkahwinan saya akan mendapat lebih tumpuan dan saya akan memberikan tumpuan kepada blog ini serta semoga kesihatan saya sekeluarga ok hendaknya.

Wassalam

Wordless Wednesday - Petik Rambutan

Teringat masa kecil di Kampung Melayu, Sungai Rapat