Catatan Pertama Untuk 2016

Assalamualaikum

Inilah catatan pertama blog ini untuk tahun 2016. Tidak banyak yang hendak saya katakan melainkan bersyukur kerana masih disini untuk berblog dan juga berfoto. Banyak masa saya sekarang ditumpukan pada penyiapan album hasil daripada blog jurufoto perkahwinan. Ada kalanya ada rasa macam tak larat tetapi saya memilih untuk lebih rasa bersyukur kerana makin banyak peluang maka makin banyak pendapatan. Tetapi ada kalanya saya sempat juga mencuri masa di hujung minggu untuk berfoto dan hasilnya saya pos di sini, jika tiada tugasan sebagai jurufoto perkahwinan.

Harapan saya untuk tahun mendatang ini semoga blog jurufoto perkahwinan saya akan mendapat lebih tumpuan dan saya akan memberikan tumpuan kepada blog ini serta semoga kesihatan saya sekeluarga ok hendaknya.

Wassalam

Ulasan