Rabu, 31 Disember 2014

Selamat Tahun Baru 2015

Assalamualaikum

Sudah lama tiada ada yang dikongsikan bersama di blog ini. Bukannya tiada idea hendak menulis apa di sini cuma ada beberapa faktor yang menyebabkan masa menjadi makin terbatas.

Walau bagaimana pun saya berharap 2015 ini akan menjadi tahun yang memberansangkan untuk semua daripada pelbagai segi. Macam saya tahu 2015 ini anak akan mula memasuki fasa persekolahan darjah 1 dan itu sedikit sebanyak akan mempengaruhi jadual saya. Pandai pandailah susun jadual dan saya pun mungkin tidak boleh mengedit gambar hingga larut malam mungkin akan bertukar jadual nya mula daripada sebelum subuh pula.

Saya juga berharap pada tahun ini semoga sambutan terhadap perkhidmatan fotografi saya akan meningkat lagi daripada tahun tahun sebelum nya boleh layari blog contoh gambar di sini.

Itu sahaja untuk kali ini dan selamat tahun baru daripada pihak saya.

Wassalam.




Rabu, 12 November 2014

Jumaat, 17 Oktober 2014

Promosi blog Jurugambar Perkahwinan Ipoh

Salam

Setelah beberapa lama tidak mengemaskini blog kali ini saya cuma ingin mempromosikan blog khidmat jurugambar perkahwinan Ipoh yang juga milik saya. Boleh klik di sini untuk ke blog tersebut.

Buat masa ini bukan saya tidak hendak mengemaskini blog saya cuma saya masih di peringkat mengkaji beberapa perkara yang ingin saya tuliskan nanti.

Wassalam

Ahad, 3 Ogos 2014

Selepas lama berehat

Assalamualaikum

Setelah sekian lama tidak berblog disini bukan kerana hilang idea atau hilang semangat untuk berblog disini cuma fokus saya tertumpu pada penyiapan segala album dan video untuk diserahkan kepada pengantin sebelum hari raya. Alhamdulillah berjaya juga saya menyiapkannya walaupun ada hari  macam dah malas rasanya.

Salah satu kelebihan berblog ini ialah jika kita mengunakan kata kunci yang betul masih ada bakal pengantin atau bakal pelanggan yang akan mencari perkhidmatan kita. Alhamdulillah saya berjaya mendapat beberapa tempahan perkhidmatan foto dalam bulan puasa yang lepas. Boleh kunjungi blog perkhidmatan foto saya disini.

Itu sahaja coretan untuk kali ini.

Wassalam

Khamis, 26 Jun 2014

Pasca Kelas Fotografi 22 Jun 2014

Assalamualaikum

Mengenai kelas fotografi yang dijalankan pada 22 Jun 2014 hari itu rasanya ianya adalah permulaan kepada lebih banyak aktiviti yang berkaitan fotografi akan dijalankan oleh sahabat saya +Phobtic Graphy dan juga rakan-rakan yang lain. Antara aktiviti yang bakal dijalankan ialah kelas editing mengunakan photoshop, kelas strobist dan sebagainya.

Saya berharap semoga usaha kami untuk menambahkan lagi ilmu fotografi akan dipermudahkan.

Itu sahaja entri saya untuk kali ini

Wassalam

Rabu, 25 Jun 2014

Kurma & Kerepek

Assalamualaikum

Di post ini saya cuma ingin melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kerana beberapa rezeki yang tak di sangka telah hadir ke empunya blog ini.

Pertama, salah seorang bekas pelanggan/pengantin telah memberikan 2 kotak kurma tatkala bulan ramadan bakal menjelang tiba ini tapi rasanya belum sempat ramadan dah habis sekotak kot kerana saya memang sukakan kurma.

Kedua, satu plastik kerepek diberi percuma dengan pembelian kerepek pisang tanduk dan juga kerepek ubi kayu masing masing 500 gram. Tujuan saya membeli kerepek tersebut bukanlah untuk dijadikan raya tetapi untuk mengantikan jajan yang dibeli oleh anak saya.

Itu sahajalah entri untuk kali ini.

Sekian, Wassalam


Rabu, 18 Jun 2014

Kelas Asas Fotografi Pada 22 Jun 2014 Di Ipoh

Assalamualaikum

Pada mereka yang ingin menambahkan lagi ilmu tentang asas fotografi, pada hari Ahad ini 22.06.2014 bertempat di Taman Dr Seenivasagam, Ipoh, kawan saya iaitu Cikgu Zool ada membuat bengkel tentang teknik asas fotografi, antara teknik asas fotografi yang di ajar ialah pengunaan Mode yang ada pada kamera, komposisi dan lain-lain lagi. 

Jikalau berminat boleh lah mendapatkan info pada nombor yang tertera. Saya rasa bengkel ini sesuai untuk mereka yang baru berjinak dengan dunia fotografi ataupun mereka yang ingin menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang fotografi. Mungkin pada masa akan datang akan ada lagi kelas lanjutan seperti teknik editing dan sebagainya. Itu sahaja entri saya untuk kali ini. 

Wassalam


*no. Telefon yang tertera 0105638138 adalah nombor telefon penganjur iaitu encik Faizal 

Ahad, 8 Jun 2014

Bukan Senang Nak Senang

Assalamualaikum

Seperti tajuk entri ini itulah situasi yang saya hadapi sekarang ini. Ketika entri ini ditulis saya baru saja menyiapkan album kahwin pengantin saya dan sempat juga lah melakukan beberapa eksperimen dengan gambar yang diambil mengunakan tetapan tertentu di dalam kamera.

Kadang-kadang bukanlah niat untuk menyombong jikalau tidak melayan permintaan bakal pengantin  yang meminta harga yang agak rendah berbanding dengan pakej perkhidmatan video dan gambar yang saya tawarkan, tetapi tengoklah di kala ini masih bersengkang mata untuk menyiapkan hasil akhir album gambar perkahwinan. Ada kala saya masih boleh bertolak ansur tetapi bergantung pada keadaan.

Itu sajalah untuk entri kali ini.

Wassalam


Selasa, 27 Mei 2014

Perihal Makanan

Assalamualaikum
Nampak gayanya sekarang ini kita kena berhati-hati dalam memilih makanan kita. Mula-mula kita dikejutkan dengan isu coklat yang mengandungi dna unsur babi kemudian dikejutkan pula dengan berita ini
http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130910/je_21/2000-botol-kicap-tiruan-guna-botol-arak-dirampas dan lepas ini entah apa la pula yang bakal mendatang.

Saya harap isu ini akan ditangani dengan segera oleh pihak berwajib serta kita sebagai pengguna mesti mengambil langkah yang sepatutnya untuk melindungi diri kita.

Wassalam

Jumaat, 23 Mei 2014

Bawa Keluarga Berjalan

Assalamualaikum

Di kala ramai rakan jurugambar saya mengambil kesempatan cuti sekolah ini untuk menambahkan pendapatan mereka saya pula bercadang untuk membawa keluarga berjalan jalan. Saya akui saya kurang membuat promosi mengenai part time jurugambar perkahwinan saya di pelbagai medium seperti facebook, twitter dan sebagainya cuma menjalan kan promosi di sini.

Tambahan pula anak sulung sudah merungut bila hendak pergi jalan jalan katanya, jadi untuk tidak mahu menghampakan beliau saya pun sudah merancang beberapa tempat yang hendak ditujui sebaik habis balik kenduri nanti.

Di harap perjalanan kami sekeluarga ke ibukota lancar dan tiada halangan. Doakan kami selamat pergi dan pulang.

Wassalam.

Ahad, 18 Mei 2014

Bila Babysitter Bercuti

Assalamualaikum

Di kesempatan ini (anak bongsu tengah baik punya tidur) saya mengambil kesempatan untuk mengupdate blog sebelum menyambung rutin harian yang lain.

Memang banyak kesabaran diperlukan untuk menjaga anak ni. Ketika dia tidur ini lah dapat saya menyemak perkembangan di media sosial dan mengupdate blog ini. Terima kasih kepada mereka yang masih mengunjungi blog ini walaupun sudah lama tidak dikemaskini. Saya pun sedang memikirkan beberapa konsep untuk saya cuba di blog ini. Tetapi buat masa ini masih di peringkat idea lagi Insha Allah jika berkesempatan akan saya zahirkan di blog ini.

Wassalam

Ahad, 16 Mac 2014

Suatu Petang Di Sungai Perak

Assalamualaikum



Di sini ingin saya kongsikan pengalaman saya menyusuri Sungai Perak dengan bot dari jeti Kuala Kangsar ke Sayong. Walaupun jaraknya dekat dan saya sudah berkali-kali ke lokasi tersebut dengan jalan darat, tetapi kali ini perspektif saya berbeza apabila menaiki bot.



Wassalam






Jumaat, 14 Mac 2014

Terim Kasih

Assalamualaikum

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang masih sudi singgah ke blog saya ini dan keduanya saya ingin memohon maaf kerana tiada posting terbaru yang dapat saya sajikan.

Kot ikut hati ini ada macam-macam benda yang hendak saya kongsikan seperti panduan mengedit video mengunakan final cut, reviu Nokia Lumia 525, reviu Canon Eos 70D dan sebagainya tetapi saya masih sibuk menyelesaikan urusan gambar dan video yang perlu disiapkan untuk kepuasan pelanggan saya oleh itu tumpuan saya lebih kepada blog perkhidmatan jurugambar perkahwinan di http://fahmifoto.blogspot.com

Insha Allah doakan semoga segala urusan saya dipermudahkan.

Wassalam


Ahad, 9 Februari 2014

Saya Masih Berblog

Assalamualaikum

Kepada pembaca blog ini pertama sekali saya ingin mengucapkan maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini. Bukan saya tidak berblog langsung cuma saya lebih menumpukan perhatian kepada blog perniagaan saya iaitu http://fahmifoto.blogspot.com kerana situasi tidak menang tangan nampaknya sudah menguasai saya sekarang ini.

Kesibukan ini menyebabkan saya begitu menghargai tentang pengurusan masa yang begitu berharga rasanya sekarang ini.

Itu sahaja untuk kali ini

Wassalam

Wordless Wednesday - Petik Rambutan

Teringat masa kecil di Kampung Melayu, Sungai Rapat