Isnin, 30 Disember 2013

Hujung tahun

Assalamualaikum

Hari ini saya cuba juga untuk menulis di blog ini setelah agak lama menghilang. Bukanlah tidak sudi cuma dihambat dengan pelbagai komitmen menyebabkan masa untuk menulis agak terbatas.
Lagi satu faktor ialah peranti samsung ini mula menjadi perlahan ... Perlu diselenggara mungkin.

Kesibukan saya sebenarnya adalah membuat persiapan untuk menyambut orang baru. Banyak masa digunakan untuk ke hospital, klinik, dsb nya. Walaupun penat ke sana ke mari tetapi apabila melihat wajahnya yang baru lahir itu hati menjadi tenang. Syukur juga kerana kedua-duanya selamat. Alhamdulillah.

Sekian untuk kali ini.

Wassalam.

Selasa, 17 Disember 2013

Wordless Wednesday : Kejayaan

Semoga berjaya

( sumber gambar : berita harian)

Selasa, 3 Disember 2013

Blog Masih Relevan Kepada Saya

Assalamualaikum

Akhirnya 2 3 menjak ini hasil usaha mengemaskinikan blog yang menempatkan portfolio gambar perkahwinan telah mula menampakkan hasil. Email dan sms ada diterima saban hari mengenai pakej foto dan video perkahwinan. Menambahkan lagi kegembiraan adalah beberapa tarikh telah di "book" oleh pengantin setelah bersetuju dengan pakej yang saya tawarkan.

Saya berharap semoga blog foto perkahwinan saya akan terus menjanakan pendapatan kepada saya. Kepada yang ingin melawat blog saya  mengenai foto perkahwinan bolehlah klik di sini. Jadi disini saya merasakan bahawa berblog masih relevan kepada saya untuk mencari pendapatan sampingan.

Ok nak lelap jap.

Wassalam

Ahad, 1 Disember 2013

Salam Pagi Isnin

Assalamualaikum

Sudah lama tiada entri terbaru di coretkan buat masa ini kerana kesibukkan menyiapkan pelbagai perkara dalam masa yang singkat menjadi keutamaan. Ketika menulis entri ini pun sedang menunggu isteri sedang melakukan pemeriksaan kesihatan.

Jikalau diikutkan hati kadang-kadang ada juga rasa hendak merungut tetapi rasanya lebih baik menguruskan masa dengan lebih efisien.

Itu sahaja coretan kali ini.

Wassalam

Traveloka seorang weekend husband : ziarah

Assalamualaikum Nampak nya kali ini perjalanan yang akan ditempuhi akan terasa lebih lambat hendak sampai ke destinasinya di Simpang Empat,...