Isnin, 18 September 2017

Traveloka seorang weekend husband : ziarah

Assalamualaikum

Nampak nya kali ini perjalanan yang akan ditempuhi akan terasa lebih lambat hendak sampai ke destinasinya di Simpang Empat, Semanggol, Perak iaitu kampung mertua saya kerana hendak menziarahi pusara bapa mertua yang meninggal pada tarikh 19 September 2017. Saya tidak berkesempatan untuk menatap wajah bapa mertua sebelum dikebumikan dan saya rasa pengebumian yang lebih cepat adalah lebih afdal.

Tiada apa lagi kata yang dapat saya titipkan disini melainkan cuma meminta para pembaca atau pelawat blog kot dapat menyedekahkan al-fatihah kepada arwah pak mertua saya.

Wassalam

Rabu, 6 September 2017

Selasa, 22 Ogos 2017

Isnin, 21 Ogos 2017

Kita Hanya Mampu Merancang

Assalamualaikum

Di entri yang terdahulu (di sini), saya pernah merancang untuk mengehadkan pengambilan minuman manis dan melebihkan minum air suam / kosong. Saya akui ianya bukan sesuatu yang mudah hendak dilakukan tambahan pula ada di antara yang sudah biasa mengambil air manis dalam kehidupan seharian.

Baru-baru ini saya diuji apabila kereta yang sering saya gunakan untuk berulang Ipoh - Bukit Jelutong mengalami sedikit masalah. Memang agak merunsingkan juga la bila mengalami suasana begini. Saya pula yang jenis apabila kereta problem mula start makan banyak balik. Memang menjadi-jadilah. Oleh kerana itu saya cuba menambahkan lebih sessi cardio.

Sekian Sahaja  Untuk Kali ini





Ahad, 13 Ogos 2017

Eksplorasi Kampung Kuchai - Versi Kamera

Assalamualaikum

Entri sebelum ini saya ada memuatkan edisi eksplorasi Kampung Kuchai mengunakan telefon pintar, entri kali ini saya ingin menunjukkan gambar mengunakan kamera pula

* Fokus mengunakan lensa manual agak mencabar juga










Wassalam






Khamis, 10 Ogos 2017

Eksplorasi Kampung Kuchai, Ipoh

Assalamualaikum
Baru-baru ini saya telah dijemput oleh Fujilim Paksu iaitu salah seorang rakan fotografi saya yang aktif dalam genre foto jalanan untuk sesi foto di Kampung Kuchai, Ipoh. Kampung Kuchai dahulunya adalah sebuah  perkampungan melayu di tengah bandaraya Ipoh. Sekarang kawasan sekitar telah dijadikan kawasan bengkel oleh beberapa pihak.

Ok berbalik pada cerita sesi foto pada hari tersebut, tema sesi foto pada hari tersebut ialah foto jalanan, talent, hdr dan eksplorasi urban. Saya tak kisah tema yang campur aduk tu janji boleh ngam dengan sapa yang ada.

Aktiviti pertama apabila sampai disitu kami mengambil gambar talent. Saya mengambil kesempatan untuk mencuba fokus manual lensa canon + body fuji. Sambil menangkap gambar kami sempat juga berbual dengan beberapa orang yang ada di situ dan bertanyakan tentang perihal kampung Kuchai yang pernah menjadi penempatan orang melayu di tengah bandaraya Ipoh. Agak menarik juga apabila mengetahui sejarah beberapa bangunan yang masih tinggal di kawasan tersebut. 

Sesi foto diteruskan sambil meneroka lagi kawasan sekitar kampung Kuchai. Rakan-rakan jurugambar berpendapat alangkah bagusnya kalau kawasan sekitar dibangunkan untuk tujuan pelancongan atau warisan sejarah.

Itu sahaja catatan kali ini.

Wassalam




Rabu, 2 Ogos 2017

Cabaran Air Kosong

Assalamualaikum

Semoga sihat sejahtera kepada mereka yang sedang membaca blog ini. Setelah mencuba berbagai cara untuk cuba mengurangkan berat badan dan saya dapati buat masa ini masa untuk bersenam agak terbatas dengan kadar kerja yang agak banyak (rezeki, jangan mengeluh) saya rasa antara cara lain yang saya boleh cuba ialah mengurangkan kadar pengambilan gula.

Bila dah duduk berjauhan dengan keluarga masa selepas kerja memang banyak habis kat melepak. Nak pergi ke gym rasa dah tak berdaya atau agak malas. Buat masa ini saya cuba mengawal kadar pengambilan minuman manis dengan mengehadkan pada 1 kali sahaja sehari (cheat day bila balik Ipoh). Kadar pengambilan makan tengahari pun saya cuba kawal. Saya harap usaha ini membolehkan saya mendapat saiz ideal.

Itu sahaja untuk entri saya kali ini moga doakan usaha saya kali ini berjaya.

Wassalam

Selasa, 1 Ogos 2017

Ahad, 9 Julai 2017

Travelog : Akibat Tidak Terer Mengagak

Assalamualaikum

Rasanya kalau yang jenis berulang setiap hujung minggu daripada tempat kerja ke rumah sendiri contoh macam saya yang berulang daripada Bukit Jelutong ke Ipoh tidak dapat tidak pasti satu hari akan mengalami masalah dengan kenderaan. Akibat tidak dapat mengagak dengan betul jarak memberhentikan kereta maka tersagatla tayar dengan simen tempat tol tu, apalagi meletupla tayar.

Kalau nak ikutkan memang salah sendiri sebab tak dapat memberhentikan kereta dengan betul di petaknya. Selepas itu dengan perlahan le ke tempat kereta yang dekat dengan plaza tol. Mujur ada fendi yang menolong kot idak jenuh wei. Tak lama selepas itu ada peronda berhenti dan menolong apa yang patut.

Moral of the story berhentilah dengan betul semasa hendak touch n go.

P.s : memang slow la nak berhenti touch n go selepas kejadian

Selasa, 20 Jun 2017

GPU Macbook Problem Pula

Assalamualaikum

Perkara yang saya khuatiri telah berlaku kepada macbook saya iaitu GPU mengalami masalah. Selalu juga saya membaca di forum dan juga di page pengguna mac di Facebook iaitu Macbook 2011 akan mengalami masalah GPU. Saya berpendapat selagi saya tidak mengunakan macbook itu dengan kadar penggunaan yang berat saya rasa ianya akan ok tetapi jangkaan saya meleset. Syukur jugalah tiada data yang sangat sangat perlu disiapkan berada di dalam macbook tersebut cuma ada beberapa foto dan video hasil daripada penerbangan dron saya yang tidak sempat saya backup.

Walau apapun hasil daripada pengalaman dan pembacaan data yang ada di dalam macbook tersebut masih boleh disedut (backup) tetapi menjelang nak raya ni segala bajet yang di luar norma kena rilek dulu takut nanti tak terhadap hari yang mendatang. Bajet untuk menukar ke GPU yang baru agak keras juga buat masa ini. Apa yang boleh saya lakukan ialah dengan menabung dan mengunakan desktop ini ala mudah alih.

Buat masa ini saya sedang masih mempertimbangkan samada untuk meneruskan usaha untuk membaiki macbook saya ini, mencari macbook lain dengan harga yang bersesuaian atau bertukar kepada laptop windows. Semua ini masih dalam perkiraan lagi kerana tahu sahajalah benda yang harga ribu ribu ni kena fikir habis dulu.


Wassalam.







Khamis, 15 Jun 2017

Tragedi Ramadhan

Assalamualaikum

Kadang-kadang apa yang kita rancangkan bukanlah semuanya menjadi. Contohnya seperti saya. Semasa pulang daripada kerja hari ini saya menunggang motor seperti biasa tetapi apabila sampai di bulatan berhampiran masjid Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong saya memulas pendikit agak lebih sedikit dan mengambil bulatan itu terlebih sedikit "baringnya" maka apa yang tidak di ingini terjadi iaitu terjatuh daripada motor. Apabila bangun dan ingin mengangkat motor saya dapat merasakan kesakitan di bahagian lutut dan apabila balik saya sedari seluar saya terkoyak.

Cuma yang dapat saya katakan kesakitan yang saya tanggung ini agak pedih juga le dan badan pun agak sengal. Kejadian ini juga mengingatkan saya agar menunggang dengan lebih berhati-hati di masa akan datang. Motor saya cuma calar saja itu part yang agak melegakan kerana takde kerosakan serius. Apa pun saya bersyukur kerana tiada kecederaan serius dan tiada kerosakan teruk.

Di akhir perenggan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa di beberapa hari lagi ramadan ini.

Wassalam.

Rabu, 7 Jun 2017

Hobi baru - drone


Assalamualaikum

Dua tiga menjak ini hobi terbaru saya adalah menguasai cara-cara mengendalikan drone. Pada mulanya agak mencabar kerana takut apa-apa terjadi ke atas drone tersebut (benda bukan murah o)
berikut saya sertakan satu klip yang hasil daripada salah satu aktiviti mengendalikan drone.



Wassalam

Wordless Wednesday

Assalamualaikum

Gambar top down Masjid Tengah

Sabtu, 27 Mei 2017

Selamat Menyambut Bulan Ramadan

Assalamualaikum

Di sini saya ingin mengucapkan Salam Ramadan kepada pengunjung blog ini. Saya pertama kali bakal berpuasa berjauhan daripada keluarga pada tahun ini. Perasaan itu saya pun tak tahu macam mana nak gambarkan tapi demi tugas dan juga demi kesinambungan hidup terpaksalah diteruskan jua. Dalam hati ini kalau boleh memanglah hendak berbuka bersama keluarga tetapi apakan daya sudah takdir mencari rezeki berjauhan daripada mereka.

Itu sahajalah catatan saya kali ini.

Wassalam

Isnin, 15 Mei 2017

Cubaan Balik Kampung Dengan Kenderaan Awam

Assalamualaikum

Baru baru ini pada cuti Hari Wesak yang lepas saya terpaksa pulang ke kampung mertua kerana keadaan bapa mertua yang uzur. Disebabkan saya tiada pilihan maka kenderaan awam adalah pilihan yang ada.

Saya bukanlah 100% menaiki kenderaan awam kerana daripada rumah sewa di Bukit Jelutong saya menumpang kawan ke Shah Alam. Saya yang pertama kali menaiki kenderaan dari Shah Alam ke KL Central berpandukan arahan daripada Francis, rakan serumah saya.

Menaiki bas Rapid bernombor 750 kemudian tiba di KL Sentral untuk membeli tiket ETS ke Taiping. Harga tiket untuk platinum agak keras juga la jadi saya mencari yang kelas bawah sikit, dapatlah tiket pukul 1.15.

Sementara menunggu masa berlepas saya pun sempat la bertemu dengan rakan yang bergiat dalam fotografi analog. Sempat la juga bertukar pendapat mengenai kamera, proses filem, dunia fotografi dan sebagainya.

Lebih kurang pukul 12.40 saya kembali ke KL Sentral untuk menunggu keretapi. Setibanya disana saya yang pertama kali menaiki keretapi daripada KL Sentral bertanya kepada petugas di mana terminal keretapi ke Taiping. Lebih kurang pukul 1.00 saya turun di terminal C dan menaiki tren. Masa perjalanan lebih kurang 3 jam untuk tren dari KL Sentral ke Taiping.

Itu sahaja entri untuk kali ini.

Wassalam

Rabu, 29 Mac 2017

Teringat Perihal Minyak

Assalamualaikum

Menurut pengumuman yang dibuat oleh memanda menteri baru-baru ini harga minyak akan diumumkan secara mingguan. Bagi golongan biasa macam saya ni hadap je lah.

Ok entri kali ini bukanlah nak hentam sesiapa cuma teringat kisah beberapa tahun lepas masa itu gaji pun tak banyak tapi hutang banyak. Ditakdirkan ada seorang kawan ni ajak pergi sambutan hari jadi anaknya yang di kampung isterinya, takde le jauh dari Ipoh tapi nak pergi Parit jenuh juga le. Masa nak balik tu saya dengan kawan saya Tun Imran ada lebihan RM1 seorang maka dengan RM2 itulah kami isi minyak di pekan Parit dan terus balik Ipoh. Alhamdulillah sampai juga ke destinasi.

Kadang-kadang perkara macam itu bila kita teringat balik (macam cerita entri ini) ada kenangannya yang tersendiri dan itulah yang membuat peristiwa ini masih menjadi kenangan.

Wassalam

Rabu, 22 Mac 2017

Sukar Mengingati Kata Laluan

Assalamualaikum

Megingati kata laluan kadang-kadang adalah satu perkara yang mencabar bagi saya kerana saya ada banyak juga aplikasi yang mengunakan kata laluan baik di tempat kerja mahupun di rumah. Kadang-kadang untuk menetapkan satu kata laluan yang sama untuk semua aplikasi adalah mustahil. Ini kerana ada aplikasi yang begitu sangat sensitif seperti perbankan internet misalnya manakala ada aplikasi yang digunakan untuk berkerja.

Buat masa ini saya cuba mengingati nya melalui minda tetapi kadang-kadang tak mahu juga. Saya ada juga cuba mencatat kata kunci saya di dalam diari tetapi situasi ini di pejabat saja lah di mana alat tulis senang didapati. Buat masa ini cara saya adalah dengan men set semula kata laluan baru jika sudah lupa kata laluan lama. Walau bagaimana pun cara ini saya rasakan sedikit renyah kerana perlu menunggu emel reset sampai.

Saya tidak menolak kemungkinan untuk mencari apps yang sesuai untuk mentadbir kata kunci yang saya miliki. Jikalau saya rasa ada apps yang saya rasa ngam akan saya kongsikan entri nya di sini tentang apa apps yang saya rasa ok.

Sekian sahaja untuk masa ini.

Wassalam

Selasa, 21 Mac 2017

Mencuba Tema Baru Blogger

Assalamualaikum

Blogspot telah memperkenalkan beberapa tema baru untuk blogger seperti saya yang mengunakan templet daripada pihak blogspot. Nampak gayanya tema baru yang diperkenalkan ini nampak menarik dan segar dengan penyesuaian boleh dilakukan untuk lebih kena dengan kemahuan kita.

Entri terbaru akan menyusul, cuma buat masa ini keadaan di tempat kerja memang sangat-sangat jenuh (slang Perak) ada dua tiga topik yang saya cadang untuk dijadikan entri. Insyallah dalam masa terdekat ini.

Wassalam

Ahad, 12 Mac 2017

Bukit Kledang Revisited

Assalamualaikum

Sudah agak lama juga tidak ada entri baru yang saya kongsikan dengan pembaca dan kali ini saya bercadang untuk berkongsi pengalaman ke Bukit Kledang. Bukit Kledang ialah salah satu tempat rekreasi yang menjadi tumpuan orang ramai. Lokasi Bukit Kledang terletak berhampiran pekan Menglembu.

Berikut saya sertakan beberapa gambar yang sempat saya rakamkan di kala menaiki dan menuruni Bukit Kledang.



Stesen Sesmologi : Checkpoint Saya Masa Mula-mula Memanjat Bukit Kledang 


Trek Denai 


Gambar Mod Panorama

Taman

Selamat Sampai

*Gambar Di Ambil Mengunakan Honor 5X

Ahad, 26 Februari 2017

Pernah Alami Situasi Begini

Assalamualaikum

Di suatu pagi yang indah ketika hendak bersarapan terserempak dengan kawan lama, maka pelbagai topik lah dibualkan daripada sukan ke politik ke isu isu semasa. Selepas itu saya pun berceritalah mengenai situasi kerja sekarang di mana saya sudah kerja di luar kawasan dan saya bercerita lagi yang saya sudah memasang pagar auto dengan harga sekian sekian kerana bimbangkan keselamatan isteri yang menghantar saya di waktu subuh dan timbullah persoalan "... La kenapa tak tanya kat aku"

Ayat yang jenis begitu memang saya akan dengar bila

Nak beli barang atau nak cari servis/perkhidmatan - "...La kenapa tak tanya kat aku, aku ada tempat lagi murah... murah 2 3 ribu daripada tempat hang p" (tu dia aihhh dia punya murah)

Nak jual barang pada harga yang kita rasa berbaloi last-last tak dapat terpaksa jual murah sikit
- "... La kenapa tak tanya aku, aku memang nak cari ATAU aku ada buyer haritu cari barang yang hang nak tolak tu dengan harga yang hang sebut tu" (deiii mana nyorok masa nak jual barang)

Itulah antara beberapa situasi yang pernah saya lalui tetapi kalau jadi pun saya anggap bukan rezeki je le nak jumpa dengan orang yang nak rekemen harga murah tu atau orang yang nak beli kat kita dengan harga yang kita nak.

Itu sahaj entri untuk kali ini.

Wassalam

Isnin, 20 Februari 2017

Gym bajet

Assalamualaikum

Adakalanya duduk berjauhan dengan keluarga ini antara aktiviti yang boleh dilakukan lagi di waktu makan (atau pagi) ialah bersenam.

Jika ada bajet lebih mungkin saya akan Cuba untuk pergi ke gym berdekatan tetapi bajet yang agak terhad memaksa saya untuk menjalankan aktiviti fizikal di rumah (untuk senaman mengangkat berat) atau jogging atau berenang (untuk cardio). Saya rasa apa aktiviti pun ok asalkan ada senaman. Di masa hadapan ada juga berangan untuk membeli basikal tapi saya rasa ini pun dah ok untuk masa ini.

Sekian sahaja catatan untuk Kali ini.

Wassalam.

Ahad, 19 Februari 2017

1st Outing F.I.N.D 2017

Assalamualaikum

Apabila kita berkongsi minat yang sama dengan beberapa individu kita pastinya ingin membuat satu perjumpaan untuk berdiskusi atau bertukar idea mengenai hobi yang diminati itu.

Pada tarikh 19.02.17 sekumpulan peminat kamera yang masih mengunakan films atau analog berkumpul di Ipoh seawal jam 8 pagi untuk satu outing group F.I.N.D . Di gerakkan oleh bro Yon dari Taiping Dan bro Khai dari Kl di dalam fb group maka berkumpul lah Kami.

Aktiviti bermula daripada KTM Ipoh kemudian menyusur ke Loken (memory lane) Dan pasar besar ipoh (UTC). Intipati aktiviti lebih kepada street photography dan bertukar pendapat mengenai kamera Dan filem.

Akhir sekali kami bergambar kenangan di sekitar kawasan Lukisan dinding mural Ipoh Dan kemudian berjalan ke KTM untuk ke kereta masing-masing.

Di masa mendatang mungkin Kami akan ke Taiping pula.

Wassalam

Rabu, 15 Februari 2017

Rehat jap

Assalamualaikum

Kadang-kadang akan ada hari yang down juga di kala berjauhan dengan keluarga ini. Apa apa pun kena bersabar Dan hadapi dengan hati yang tenang.

Itu sahaja catatan saya Kali ini.

Wassalam

Ahad, 12 Februari 2017

Mencari rezeki

Assalamualaikum

Walau Rasa berat hendak pergi kerja di pagi Isnin ini tambahan pula kerja berjauhan dengan keluarga tetap perjuangan untuk mencari rezeki demi keluarga perlu diteruskan. Amanat yang diberikan oleh majikan perlu dilaksanakan. Selamat berkerja semua.

Wassalam.

Sabtu, 11 Februari 2017

Ke Entopia kita

Assalamualaikum

Akhirnya tercapai juga hajat anak sulung saya hendak ke Entopia atau dahulunya teman rama rama Pulau Pinang. Panda tahun 2016 Kami ke sana tetapi masih belum dibuka lagi setelah diubahsuai menjadi Entopia.

Pada kunjugan Kali ini Kami mengambil pakej keluarga iaitu rm120 Dan tiara caj dikenakan kepada Nadhif (anak bongsu) kerana umurnya masih 3 tahun Dan emak saya dikenakan caj warga emas rm29 sahaja.

Habis lawatan tentulah lapar Dan daripada Teluk Bahang terus menghala ke Balik Pulau untuk makan di Laksa Janggus.

Berikut saya sertakan beberapa gambar yang sempat saya rakamkan dengan Honor 5x ini.

Traveloka seorang weekend husband : ziarah

Assalamualaikum Nampak nya kali ini perjalanan yang akan ditempuhi akan terasa lebih lambat hendak sampai ke destinasinya di Simpang Empat,...