Rabu, 2 Ogos 2017

Cabaran Air Kosong

Assalamualaikum

Semoga sihat sejahtera kepada mereka yang sedang membaca blog ini. Setelah mencuba berbagai cara untuk cuba mengurangkan berat badan dan saya dapati buat masa ini masa untuk bersenam agak terbatas dengan kadar kerja yang agak banyak (rezeki, jangan mengeluh) saya rasa antara cara lain yang saya boleh cuba ialah mengurangkan kadar pengambilan gula.

Bila dah duduk berjauhan dengan keluarga masa selepas kerja memang banyak habis kat melepak. Nak pergi ke gym rasa dah tak berdaya atau agak malas. Buat masa ini saya cuba mengawal kadar pengambilan minuman manis dengan mengehadkan pada 1 kali sahaja sehari (cheat day bila balik Ipoh). Kadar pengambilan makan tengahari pun saya cuba kawal. Saya harap usaha ini membolehkan saya mendapat saiz ideal.

Itu sahaja untuk entri saya kali ini moga doakan usaha saya kali ini berjaya.

Wassalam

Kita Hanya Mampu Merancang

Assalamualaikum Di entri yang terdahulu ( di sini ), saya pernah merancang untuk mengehadkan pengambilan minuman manis dan melebihkan minu...