Assalamualaikum
Baru-baru ini saya telah dijemput oleh Fujilim Paksu iaitu salah seorang rakan fotografi saya yang aktif dalam genre foto jalanan untuk sesi foto di Kampung Kuchai, Ipoh. Kampung Kuchai dahulunya adalah sebuah perkampungan melayu di tengah bandaraya Ipoh. Sekarang kawasan sekitar telah dijadikan kawasan bengkel oleh beberapa pihak.
Ok berbalik pada cerita sesi foto pada hari tersebut, tema sesi foto pada hari tersebut ialah foto jalanan, talent, hdr dan eksplorasi urban. Saya tak kisah tema yang campur aduk tu janji boleh ngam dengan sapa yang ada.
Aktiviti pertama apabila sampai disitu kami mengambil gambar talent. Saya mengambil kesempatan untuk mencuba fokus manual lensa canon + body fuji. Sambil menangkap gambar kami sempat juga berbual dengan beberapa orang yang ada di situ dan bertanyakan tentang perihal kampung Kuchai yang pernah menjadi penempatan orang melayu di tengah bandaraya Ipoh. Agak menarik juga apabila mengetahui sejarah beberapa bangunan yang masih tinggal di kawasan tersebut.
Sesi foto diteruskan sambil meneroka lagi kawasan sekitar kampung Kuchai. Rakan-rakan jurugambar berpendapat alangkah bagusnya kalau kawasan sekitar dibangunkan untuk tujuan pelancongan atau warisan sejarah.
Itu sahaja catatan kali ini.
Wassalam
Ulasan
Catat Ulasan