Langkau ke kandungan utama

Tragedi Ramadhan

Assalamualaikum

Kadang-kadang apa yang kita rancangkan bukanlah semuanya menjadi. Contohnya seperti saya. Semasa pulang daripada kerja hari ini saya menunggang motor seperti biasa tetapi apabila sampai di bulatan berhampiran masjid Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong saya memulas pendikit agak lebih sedikit dan mengambil bulatan itu terlebih sedikit "baringnya" maka apa yang tidak di ingini terjadi iaitu terjatuh daripada motor. Apabila bangun dan ingin mengangkat motor saya dapat merasakan kesakitan di bahagian lutut dan apabila balik saya sedari seluar saya terkoyak.

Cuma yang dapat saya katakan kesakitan yang saya tanggung ini agak pedih juga le dan badan pun agak sengal. Kejadian ini juga mengingatkan saya agar menunggang dengan lebih berhati-hati di masa akan datang. Motor saya cuma calar saja itu part yang agak melegakan kerana takde kerosakan serius. Apa pun saya bersyukur kerana tiada kecederaan serius dan tiada kerosakan teruk.

Di akhir perenggan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa di beberapa hari lagi ramadan ini.

Wassalam.

Catatan popular daripada blog ini

GPU Macbook Problem Pula

Assalamualaikum

Perkara yang saya khuatiri telah berlaku kepada macbook saya iaitu GPU mengalami masalah. Selalu juga saya membaca di forum dan juga di page pengguna mac di Facebook iaitu Macbook 2011 akan mengalami masalah GPU. Saya berpendapat selagi saya tidak mengunakan macbook itu dengan kadar penggunaan yang berat saya rasa ianya akan ok tetapi jangkaan saya meleset. Syukur jugalah tiada data yang sangat sangat perlu disiapkan berada di dalam macbook tersebut cuma ada beberapa foto dan video hasil daripada penerbangan dron saya yang tidak sempat saya backup.

Walau apapun hasil daripada pengalaman dan pembacaan data yang ada di dalam macbook tersebut masih boleh disedut (backup) tetapi menjelang nak raya ni segala bajet yang di luar norma kena rilek dulu takut nanti tak terhadap hari yang mendatang. Bajet untuk menukar ke GPU yang baru agak keras juga buat masa ini. Apa yang boleh saya lakukan ialah dengan menabung dan mengunakan desktop ini ala mudah alih.

Buat masa ini saya sed…

Eksplorasi Kampung Kuchai, Ipoh

Assalamualaikum Baru-baru ini saya telah dijemput oleh Fujilim Paksu iaitu salah seorang rakan fotografi saya yang aktif dalam genre foto jalanan untuk sesi foto di Kampung Kuchai, Ipoh. Kampung Kuchai dahulunya adalah sebuah  perkampungan melayu di tengah bandaraya Ipoh. Sekarang kawasan sekitar telah dijadikan kawasan bengkel oleh beberapa pihak.
Ok berbalik pada cerita sesi foto pada hari tersebut, tema sesi foto pada hari tersebut ialah foto jalanan, talent, hdr dan eksplorasi urban. Saya tak kisah tema yang campur aduk tu janji boleh ngam dengan sapa yang ada.
Aktiviti pertama apabila sampai disitu kami mengambil gambar talent. Saya mengambil kesempatan untuk mencuba fokus manual lensa canon + body fuji. Sambil menangkap gambar kami sempat juga berbual dengan beberapa orang yang ada di situ dan bertanyakan tentang perihal kampung Kuchai yang pernah menjadi penempatan orang melayu di tengah bandaraya Ipoh. Agak menarik juga apabila mengetahui sejarah beberapa bangunan yang masih …

Pulut Durian di Ipoh

Assalamualaikum

Nampak gayanya dalam proses saya hendak merealisasikan impian saya (catatan disini) yang sudah lama saya dok mencuba ada juga tikanya terpaksa juga cave in dengan pengaruh media sosial (whatsapp contohnya) . Dalam dok cuba mengurangkan pengembilan makanan yang berlemak dan manis gagal juga menahan rasa ingin tahu untuk mencuba pulut durian


Secara kebetulan juga saya baru balik kenduri di kawasan sekitar Taman Meru, Ipoh ternampak pula kedai Singgah Yob (betul betul belakang Mydin Meru), wife pun kata jom la try singgah. Setelah mencuba sendiri kot ikutkan memang tak puas nak try cendol durian pula tapi saya rasa lain kali pula, haru nanti dah banyak makan manis.

Itu sahaja cerita untuk kali ini, Wassalam

* Ini Bukan iklan
* Saya bukan hardcore durian, sesekali teringin juga