Jumaat, 26 Februari 2016

Snapseed

Assalamualaikum

Di antara banyak pilihan apps untuk foto editing salah satu apps kegemaran dan menjadi apps yang pertama sekali saya gunakan untuk mengedit foto ialah snapseed. Saya rasa mungkin ramai juga yang telah mengunakan apps ini di luar sana dan walaupun agak lewat juga saya menulis entri mengenai apps Snapseed di blog ini tetapi saya kongsikan juga kerana saya suka cirinya yang agak mudah tetapi lengkap untuk mengedit foto yang kita ambil dengan handphone atau gambar dari kamera yang telah di pindahkan melalui wifi.

Logo Snapseed (daripada Google)


Di antara ciri yang saya gemari di dalam snapseed ialah mengawal kecerahan, kontras dan warna untuk menjadikan gambar yang kita ambil itu lebih menyerlah untuk gambar yang telah di edit itu untuk kita kongsi di media sosial atau untuk disimpan. Saya gunakan juga apps ini untuk live update di majlis perkahwinan yang saya bertindak sebagai jurugambar majlis tersebut kerana cirinya yang ringkas untuk saya laksanakan dalam masa yang singkat sementara menunggu.


Lenovo A6000+ & Snapseed


Ada beberapa lagi gambar yang akan saya cuba untuk edit mengunakan apps snapseed dan akan saya cuba kongsikan di blog fotografi saya (tekan link di sini). Di entri yang lain mungkin saya akan kongsikan dengan lebih mendalam lagi tentang penggunaan apps Snapseed ini dari segi kawalan asas (kecerahan, kontras, warna) hinggalah filter yang ada. Itu sahaja untuk entri kali ini

Wassalam

Isnin, 22 Februari 2016

Lagi Perihal Persembangan

Assalamualaikum

Kali ini hendak menyambung lagi cerita daripada entri yang terdahulu boleh baca di sini iaitu mengenai perkembangan cara kita bersembang di kala lepak. Jikalau lepak pula selalunya kita akan memilih rakan yang wavelength nya lebih kurang sama dengan kita juga tetapi ada kalanya ada juga time kita lepak kita akan berhadapan situasi yang lebih kurang macam apa yang saya nak huraikan daripada pengalaman saya lebih kurang begini :-


Penglipur lara /Serba tahu/ Otai 

ok kalau ada yang macam ni time lepak memang suara dia je le yang akan kedengaran kot ada suara orang lain pun hanya untuk respon pertanyaan dia atau macam tu la lepas tu selalunya pengetahuan am orang macam ni dah macam google, semua dia tahu padahal kekadang saya rasa main hentam je ni tapi kita layan je le mana tau kot lepas segelas nescafe tarik ke teh ais ke.


Sembang Kencang

Jenis ini ada juga saya jumpa dalam banyak pengalaman melepak. Dengar cerita daripada jenis ini masa mula-mula dia buka cerita memang kagum tapi bila dah masuk 3 4 teguk kita dah boleh baca game dia dah ini sembang je lebih ni dia lebih kurang macam yang golongan otai tadi tapi isi kandungan sembangnya banyak yang dah "edit"!



Teknikal

Kalau jumpa yang ini kot kena sama minat memang boleh lepak sampai 2 3 gelas air sebab topik yang nak dibincangkan tu yang memang kita nak tahu dengan lebih mendalam tapi kot tak kena dengan minat yang sama tapi dah tertanya memang ngangguk je le


Jenis tunduk

kalau yang spesis ni pulak memang apa topik pun dia layan je tapi selalunya dia dengar je le sebab selalunya pertanyaan pertama kat mamak restoran tu "apa password wifi?" Selalunya bila ada teh tarik session akan kelihatan jenis ni muncul (Saya pun ada kala jadi macam ni juga bila topik tak leh layan)


Ada beberapa lagi lah karakter yang saya jumpa dan kalau ada kesempatan mungkin saya akan update tapi buat kali ini sekian sahaja dulu.

Wassalam

Khamis, 11 Februari 2016

Evolusi Persembangan

Assalamualaikum

Lama tiada sebarang entri terbaru di blog ini kerana saya lebih menumpukan perhatian kepada blog fotografi dan juga blog perniagaan perkhidmatan jurufoto perkahwinan dan saya juga agak mengejar masa untuk menyiapkan beberapa album kahwin yang perlu dihantar sebelum tamat tempohnya. Berbalik kepada topik untuk entri kali ini.

Semasa satu sesi minum dan lepak baru-baru ini ada kawan menyatakan yang rasanya topik yang kitaorang sembang tak banyak berubah daripada 6 7 tahun lepas. Saya pula menyatakan yang banyak topik dah berevolusi rasanya macam dulu kita tak sembang pasal perkembangan anak sekarang masing-masing dah buka topik pasal perihal anak.

Fasa Evolusi yang saya rasa pula

Habis Sekolah

- Nak masuk U mana
- Ambil course apa
- bila terjumpa, dah semester berapa

Awal - Pertengahan 20 an

- Kerja mana, gaji berapa 
- Pakai kereta/motor apa (kot kaki modified pe semua bagai lagi dalam la topik dia)
- dan... ada juga yang dah tanya dah kahwin ke belum

Akhir 20 an - Pertengahan 30 an

- Dah pangkat apa sekarang
- Rumah beli di mana
- Anak dah berapa orang

Ini sebahagian yang saya rasai mungkin lain orang lain pula topiknya dan di kala usia menghampiri 4 siri ini nada persembangan pun makin serus dan berisi adanya contohnya nak travel mana, ekonomi isi rumah, hala tuju pendidikan anak dan sebagainya. Kalau dalam group whatsapp pun ada macam macam topik mana yang boleh masuk tu lama la dok dalam group tu mana yang tak terikut pun ada (tidak sama wavelength bak kata kawan saya pejei muse).

Itu sahaja lah untuk entri kali ini.

Wassalam

Traveloka seorang weekend husband : ziarah

Assalamualaikum Nampak nya kali ini perjalanan yang akan ditempuhi akan terasa lebih lambat hendak sampai ke destinasinya di Simpang Empat,...