Rabu, 27 Mac 2013

Rezeki Di Pagi Hari

Assalamualaikum

Pagi ni agak kelam kabut sedikit kerana sebelum ke pejabat saya sempat membuat sedikit editing video perkahwinan jadi saya keluar rumah agak lewat sedikit. Selalunya sempat singgah membeli kuih tapi pagi ni dah ngam ngam sampai ke pejabat. Tapi ada juga nasi lemak yang di sedekahkan oleh rakan sekerja. Memang rezeki. Alhamdulillah.

Sesekali Tukar Selera

Assalamualaikum

Di kala cuti sekolah ini saya mengambil kesempatan untuk menikmati selera makan tengahari selain daripada kedai mamak yang ada berdekatan dengan pejabat ni.

Di Ipoh ni kalau musim cuti sekolah jalan agak kurang sesak berbanding hari sekolah jadi masa perjalanan tu tidaklah mengambil masa yang lama.

Apapun inilah gambar yang sempat saya ambil semasa di lokasi.

Selasa, 26 Mac 2013

Wordless Wednesday

Salah satu deco yang ada di pejabat saya

Ahad, 24 Mac 2013

Meneroka Hutan Lipur Salu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Entri kali ini adalah mengenai pengalaman saya ke hutan lipur Salu. Sebenarnya tujuan saya ke sana adalah untuk mengambil gambar pengantin dan bukanlah untuk berkhemah atau mandi-manda di air terjun yang ada di hutan lipur tersebut. Untuk sampai ke puncak rasanya takde le jauh mana.

Rabu, 20 Mac 2013

Pagi Dengan 3 in 1

Assalammualaikum

Saya sebelum memulakan.kerja di waktu pagi mesti nak pekena kopi dulu. Memandangkan pagi ini tak sempat nak singgah ada satu kedai makcik tu untuk membeli kuih dan air bungkus nampak gayanya terpaksa la minum 3in1 Kopiko dengan roti saja.

Alhamdulillah rezeki juga tu.

Isnin, 18 Mac 2013

Pokok Kari

Assalamualaikum

Entri kali ini adalah berkaitan dengan pokok kari. Pokok kari yang mungkin ditanam oleh penyewa terdahulu atau mungkin juga tuan rumah sewa saya tumbuh dengan begitu besar hingga menarik perhatian seorang penjual kacang putih untuk memetiknya. Tengoklah gambar pokok kari tersebut. Gambar yang diambil adalah semasa proses memetik daun dan gambar daun selepas dipetik

Gajet : Lensa Idaman

Assalamualaikum

Kali ni nak bercerita pasal lensa yang telah dipinjamkan kepada saya hujung minggu lepas.

Lensa Canon 85 1.2L tu rasanya memang mantap jugakla untuk membuat tugasan perkahwinan. Kot nak tengok contoh kena tengok di blog saya yang satu lagi.

Kena start menabung la nampak gayanya.

Khamis, 14 Mac 2013

Rangkuman Seminggu

Assalammualaikum

Kira lama juga masa yang diambil untuk saya nak pos entri baru. Bukan apa ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan.

Mengimbau kenangan mengambil video untuk satu majlis di sekitar kuala kangsar pada minggu lepas (8.3.13 & 9.3.13) memang rasa terkilan dengan sikap photographer yang kurang pro iaitu dengan tidak memberikan saya dan juga rakan saya ruang untuk kami mendapatkan shot yang cantik senang cerita memang rasa bengang sangat! I dont know actually what they want to prove. Pastu untuk misi menenangkan perasaan saya bertanya pada kawan saya tu mana lokasi laksa yang best atau unik kat kuala kangsar dia pun ajak ke Laksa Pokok Limau untuk menikmati laksa dengan telur goreng. Ok juga rasanya.

Pastu hari Ahad dan Isnin (10 & 11 Mac 2013) terpaksa menziarah bapa mertua yang dimasukkan ke Hospital Taiping.

Itu sahaja beberapa cerita yang nak disampaikan pada entri kali ini.

Traveloka seorang weekend husband : ziarah

Assalamualaikum Nampak nya kali ini perjalanan yang akan ditempuhi akan terasa lebih lambat hendak sampai ke destinasinya di Simpang Empat,...