Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2013

Wordless Wednesday : Gambar Outing Suatu Ketika Dulu

Teringin nak p area ni lagi tapi gayat

Subjek : Rumah Orang Asli dalam hitam putih
Lokasi : Ulu Geruntum, Perak



Gambar Ashraff Muslim Juga Daripada Bicara Lensa

Assalamualaikum

Pinjam gambar daripada FB kawan saya Bicara Lensa, Beliau menjadi photographer untuk wedding planner hari itu. Apa Apa pun boleh pergi terus ke FB Bicaralensa untuk ke semua koleksi gambar majlis perkahwinan Ashraff Muslim & Sakinah.

Tahniah diucapkan.

Wassalam.

Kredit kepada FB Bicara Lensa

P/s Kot bawa handphone ni mesti senang nak share gambar terus ke media sosial

Pink October Walk-A-Hunt

Assalamualaikum

 Jika semalam saya ada memberikan gambaran tentang acara yang saya sertai dengan menunjukkan gambar kertas soalan hari ini saya hendak menyiarkan sepenuhnya acara yang saya sertai itu. Acara itu adalah Walk-A-Hunt atau cari harta karun (Betul ke pun?).

 Acara Walk-A-Hunt ini adalah sempena menyambut bulan Pink Oktober. Pink Oktober adalah bulan yang dimana kempen mengenai kanser payudara dilakukan dengan menyeluruh (mengikut kefahaman saya yang mendengar ucapan di hari tersebut). Acara dijalankan di Padang Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau Padang Polo.

 Tujuan saya masuk acara Walk-A-Hunt ini adalah atas dasar suka-suka untuk memeriahkan majlis dan menyertai rakan sepejabat dalam acara Walk-A-Hunt tersebut. Apa-apa pun layan gambar yang ada.

Wassalam

P/s : Kalau ada handphone ni kan best untuk bawa p event ni



Dato Abdul Rahim Memberikan Ucapan

         Acara Memakan Buah Apple                                                           
Salah Seorang Jurugambar Bertugas

Aca…

Teaser : Walk-a-Hunt

AssalamualaikumGambar menunjukkan 2 soalan untuk walk-a-hunt yang saya sertai. Entri sepenuhnya akan diterbitkan kemudian. Saja buat teaser heheheWassalam

Terjual Sudah

AssalamualaikumSetelah menunggu beberapa bulan akhirnya adik saya menunaikan janjinya untuk membayar baki untuk kamera Canon 550D. Sebelum ini kami membuat perjanjian untuk menolak upah. Caranya adalah dengan beliau melakukan kerja untuk saya tetapi daripada memberi terus jumlah upah itu, beberapa ringgit akan ditolak untuk membayar baki kamera itu. Sebelum ini saya pernah membuat cara pembayaran sebegini kepada kawan saya yang berhasrat untuk memiliki lensa ultra wide. Wassalam.

Lama tak masak

AssalamualaikumDi hari sabtu yang lepas setelah memikirkan apa yang hendak dimakan untuk makan malam saya mengambil keputusan untuk memasak spaghetti. Salah satu sebab saya rasa terasa untuk memasak malam itu mungkin kerana mood dah sampai.Misi dimulakan dengan membeli bahan mentah di pasaraya berdekatan. Itu pun ada juga beberapa bahan yang terlupa hendak dibeli. Sampai sahaja di rumah kerja-kerja penyediaan terus dilakukan. Selesai menyediakan terus sahaja proses memasak dilakukan. Tetapi kali ini rasanya masakan saya agak kurang menjadi mungkin kerana kesilapan saya daripada segi sukatan bahab mentah. Dah lama tak memasak pun 1 faktor. Apa-apa pun lepas ini kalau ada masa mungkin nak repeat balik.Wassalam

Wordless Wednesday : Menara Jam Parit, Perak

Lokasi : Parit, Perak

Skrin handphone pecah

AssalamualaikumHujung minggu yang lepas sebenarnya ada beberapa perkara yang hendak saya kongsikan di blog ini tetapi memandangkan line slow saya terpaksa menunda hasrat tersebut hingga ke hari ini.Antara perkara yang paling menyentap perasaan ialah skrin handphone saya retak kerana terjatuh. Ianya disebabkan kecuaian saya juga. Apa nak buat benda dah terjadi. Sekarang tengah memikirkan samada hendak mengantikan skrin atau mengantikan terus handphone tersebut.Sekian buat masa ini.Wassalam.

Mengutip Dana Untuk Rumah Anak Yatim dan Fakir Miskin

Assalamualaikum Salah seorang rakan sekerja saya baru saja menghulurkan sampul yang di atasnya ada surat meminta derma daripada Persatuan Nur Kasih Bestari, Perak untuk mengisi tabung mereka supaya dapat mengumpul dana untuk tujuan operasi mereka. Derma boleh dimasukkan ke akaun pertubuhan iaitu di atas nama Persatuan Nur Bestari, Perak di akaun Maybank bernombor 55811851184 Saya berpendapat selain bantuan berbentuk wang ringgit saya juga boleh membuat hebahan melalui.entri di blog saya ini.Itu sahaja untuk kali iniWassalamp/s : jika ingin menderma melalui fund transfer pastikan nombor akaun itu betul, jika tersalah nombor akaun saya tidak bertanggungjawab

Wordless Wednesday : Sepetang Di Aidiladha

Salah satu pemandangan di belakang rumah mertua Lokasi : Kampung Tua, Semanggol, Perak
Kamera : Samsung Galaxy W
Apps : Panorama & Pixlr Express

Sempat atau tidak

AssalamualaikumDalam kesibukan melihat perkembangan proses pengubahsuaian rumah, menyiapkan video, membuat persiapan balik kampung untuk Aidiladha, saya sedang memikirkan sempat atau tidak untuk saya memasuki pertandingan fotografi alam sekitar yang sedang berlangsung sekarang. Masuk pertandingan ini bukan apa selain dapat memenangi hadiah yang menarik kita juga dapat tahu sejauh mana kemampuan dan kemahiran kita di mata para hakim dan juri. Itu sahaja entri untuk kali ini.Wassalam.

Pengasingan Blog

Assalamualaikum

Setelah difikirkan berulan kali rasanya saya akan mengasingkan hasil fotografi saya (lebih kepada hobi je pun) ke blog lain manakala blog ini lebih kepada blog bersifat peribadi. Tiada apa yang drastik hendak saya lakukan cuma saya ingin melihat perkembangan fotografi saya dan blogging berjalan seiringan secara sistematik itu sahaja.

Wassalam.

Ketepikan Fobia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.Kalau ikut tajuk entri hari ini tidak lain dan tidak bukan ialah mengenai masalah sakit gigi yang saya alami kebelakangan ini. Malah saya pernah membuat satu post di sini tentang bagaimana ia bermula. Terma kepada fobia saya dalam bahasa inggeris yang saya petik daripada wikipedia ialah; Dental fear refers to the fear  of dentistry and of receiving dental care . A severe form of this fear (specific phobia ) is variously called dental phobia, odontophobia, dentophobia, dentist phobia, or dental anxietyNampak gayanya saya perlu mengenepikan fobia saya terhadap doktor gigi atau dentist. Jikalau tidak masalah ini akan berlanjutan dan ia pasti akan menganggu tugasan seharian. Wish me luck.Wassalam.

Wordless Wednesday : Menara Masjid Negeri Perak

Gambar daripada koleksi instagram saya 

Perlu Berusaha Lagi

AssalamualaikumPagi ini ketika saya memerika kata kunci "Jurufoto Perkahwinan Ipoh " saya dapati blog portfolio saya untuk gambar perkahwinan  masih berada di halaman paling depan tetapi di tempat yang ke-3.Kalau ikutkan ok la juga kedudukan itu cuma kalau boleh saya inginkan berada di tempat yang pertama. Saya rasa perlu berusaha lagi untuk menempatkan blog saya di tempat yang teratas.Wassalam

Mahu pindah

Assalamualaikum 
Sekarang ini di hujung minggu jika tiada sebarang aktiviti memang saya akan memantau perkembangan  rumah baru yang bakal saya duduki tidak lama lagi, Insyallah dalam masa terdekat ini jika tiada aral melintang. Di harap segala perancangan berjalan lancar.
Buat masa ini proses mengecat sudah hampir siap, cuma perlu disiapkan di bahagian belakang rumah manakala proses pendawaian telah selesai cuma sekarang ini kami menunggu untuk proses memasang grille dan awning sahaja.
Saya berharap segalanya berjalan lancar, Insyallah.
Wassalam


Rumah Daripada Sudut Hadapan Yang Telah Di Cat Proses Pendawaian Sedang Dilakukan

' Keadaan Rumah Semasa Belum Di Cat

Bersyukurlah Dengan Rezeki Yang Ada

Assalamualaikum

Tujuan saya menulis entri dengan tajuk ini adalah untuk mengingatkan diri sendiri dan juga dijadikan renungan buat diri sendiri juga.

Baru-baru ini rasanya jadual saya agak padat untuk menyiapkan kerja-kerja video saya (foto dah siap) dan adakalanya ada yang menelefon minta disiapkan cepat sehingga memaksa saya untuk mengambil cuti untuk menyiapkan kerja saya. Dalam hati mulalah merungut kerana rasanya tak pasal-pasal cuti habis. Tapi bila difikirkan balik saya rasa ini kelebihan saya yang Allah telah berikan untuk membuat rezeki tambahan maka redha dan cuba cari jalan penyelesaian untuk membuat hasil yang terbaik.

Saya pun berikir yang saya perlukan pengurusan masa yang jitu jikalau tidak haru jadinya serta perlu memberikan lebih konsentrasi untuk menyiapkan kerja.

Saya selalu jadikan kisah seorang kawan saya untuk dijadikan ingatan kepada diri. Ceritanya pada satu tahun dulu, kawan saya ini mendapat banyak tawaran sehingga tidak menang tangan dia untuk menyiapkan ker…

Mahu Makan Apa

AssalamualaikumTajuk entri hari ni bukanlah sebab saya berada di dalam majlis buffer atau mempunyai kupon untuk makan pagi di hotel tetapi gusi ini rasa berdenyut-denyut sebab bengkak. Rasa kurang selesa dibuatnya. Nampak gayanya kenalah makan makanan yang tak perlu dikunyah hari ini.Wassalam.

Wordless Wednesday - Menara Jam Pekan Lama