Bersyukurlah Dengan Rezeki Yang Ada

Assalamualaikum

Tujuan saya menulis entri dengan tajuk ini adalah untuk mengingatkan diri sendiri dan juga dijadikan renungan buat diri sendiri juga.

Baru-baru ini rasanya jadual saya agak padat untuk menyiapkan kerja-kerja video saya (foto dah siap) dan adakalanya ada yang menelefon minta disiapkan cepat sehingga memaksa saya untuk mengambil cuti untuk menyiapkan kerja saya. Dalam hati mulalah merungut kerana rasanya tak pasal-pasal cuti habis. Tapi bila difikirkan balik saya rasa ini kelebihan saya yang Allah telah berikan untuk membuat rezeki tambahan maka redha dan cuba cari jalan penyelesaian untuk membuat hasil yang terbaik.

Saya pun berikir yang saya perlukan pengurusan masa yang jitu jikalau tidak haru jadinya serta perlu memberikan lebih konsentrasi untuk menyiapkan kerja.

Saya selalu jadikan kisah seorang kawan saya untuk dijadikan ingatan kepada diri. Ceritanya pada satu tahun dulu, kawan saya ini mendapat banyak tawaran sehingga tidak menang tangan dia untuk menyiapkan kerjanya. Dia pun selalu merungut berkata bahawa dirinya rasa letih dan tiada masa untuk melakukan aktiviti lain maka pada tahun berikutnya tawaran untuknya memang berkurang dan apabila dia bermuhasabah diri, dia berkata bahawa dia tak patut merungut dengan rezeki yang telah dikurniakan. Selepas itu tawaran untuknya kembali ok malah turut menawarkan saya untuk melakukan beberapa job untuknya.

Akhir kata bersyukur dengan kurniaan daripada Allah.

Wassalam.

Ulasan