Ahad, 27 Oktober 2013

Terjual Sudah

Assalamualaikum

Setelah menunggu beberapa bulan akhirnya adik saya menunaikan janjinya untuk membayar baki untuk kamera Canon 550D. Sebelum ini kami membuat perjanjian untuk menolak upah.

Caranya adalah dengan beliau melakukan kerja untuk saya tetapi daripada memberi terus jumlah upah itu, beberapa ringgit akan ditolak untuk membayar baki kamera itu. Sebelum ini saya pernah membuat cara pembayaran sebegini kepada kawan saya yang berhasrat untuk memiliki lensa ultra wide.

Wassalam.

Wordless Wednesday - Petik Rambutan

Teringat masa kecil di Kampung Melayu, Sungai Rapat