Lama tak masak

Assalamualaikum

Di hari sabtu yang lepas setelah memikirkan apa yang hendak dimakan untuk makan malam saya mengambil keputusan untuk memasak spaghetti. Salah satu sebab saya rasa terasa untuk memasak malam itu mungkin kerana mood dah sampai.

Misi dimulakan dengan membeli bahan mentah di pasaraya berdekatan. Itu pun ada juga beberapa bahan yang terlupa hendak dibeli.

Sampai sahaja di rumah kerja-kerja penyediaan terus dilakukan. Selesai menyediakan terus sahaja proses memasak dilakukan.

Tetapi kali ini rasanya masakan saya agak kurang menjadi mungkin kerana kesilapan saya daripada segi sukatan bahab mentah. Dah lama tak memasak pun 1 faktor. Apa-apa pun lepas ini kalau ada masa mungkin nak repeat balik.

Wassalam

Ulasan