Mahu pindah

Assalamualaikum 

Sekarang ini di hujung minggu jika tiada sebarang aktiviti memang saya akan memantau perkembangan  rumah baru yang bakal saya duduki tidak lama lagi, Insyallah dalam masa terdekat ini jika tiada aral melintang. Di harap segala perancangan berjalan lancar.

Buat masa ini proses mengecat sudah hampir siap, cuma perlu disiapkan di bahagian belakang rumah manakala proses pendawaian telah selesai cuma sekarang ini kami menunggu untuk proses memasang grille dan awning sahaja.

Saya berharap segalanya berjalan lancar, Insyallah.

Wassalam



Rumah Daripada Sudut Hadapan Yang Telah Di Cat
Proses Pendawaian Sedang Dilakukan


'
Keadaan Rumah Semasa Belum Di Cat

Ulasan