Hujung tahun

Assalamualaikum

Hari ini saya cuba juga untuk menulis di blog ini setelah agak lama menghilang. Bukanlah tidak sudi cuma dihambat dengan pelbagai komitmen menyebabkan masa untuk menulis agak terbatas.
Lagi satu faktor ialah peranti samsung ini mula menjadi perlahan ... Perlu diselenggara mungkin.

Kesibukan saya sebenarnya adalah membuat persiapan untuk menyambut orang baru. Banyak masa digunakan untuk ke hospital, klinik, dsb nya. Walaupun penat ke sana ke mari tetapi apabila melihat wajahnya yang baru lahir itu hati menjadi tenang. Syukur juga kerana kedua-duanya selamat. Alhamdulillah.

Sekian untuk kali ini.

Wassalam.

Ulasan