Tips Apple Mac OSX : Keyboard Wireless dan juga Mac Mini ku

Assalamualaikum Lagi perkongsian pengalaman saya dengan mac mini Suatu hari saya menghadapi masalah untuk meng log masuk ke mac mini saya kerana mac mini semacam tidak menerima isyarat bluetooth keyboard saya. Saya jangkakan mungkin masalah bateri tetapi setelah membaca beberapa laman forum, saya dapati memang ada masalah sebegitu rupanya dan nasib baik keyboard USB saya masih ada dalam simpanan kerana jawapan yang saya dapati cara meng log masuk ialah dengan mengunakan keyboard USB tersebut dan kemudian menyambung kembali sembungan bluetooth di antara mac mini dengan keyboard. Harap pengalaman yang saya kongsikan ini dapat membantu. Wassalam

Ulasan