Teknik Jana Wang Dengan Foto - Foto Berkumpulan

Assalamualaikum

Kali ini saya ingin berkongsi salah satu cara untuk menjanakan wang dengan foto iaitu dengan menjual gambar foto berkumpulan. Cara penjualan ini jika dilaksanakan dengan betul boleh mendatangkan untung yang agak lumayan jika kita mengoptimakan lagi pakej yang ada seperti menambah saiz, membingkaikan gambar dan sebagainya.

Biasanya saya melakukan penjualan foto berkumpulan ini jika ada majlis di pejabat tetapi ada juga rakan-rakan saya yang mengambil peluang menjual foto berkumpulan ini ketika menjadi jurugambar rasmi acara bak kata mereka sambil menyelam minum air.

Tips saya pastikan mempunyai senarai yang betul ketika mengambil tempahan dan ketika menghantar gambar. Jikalau tidak agak sukar juga untuk mengesan tempahan sudah dihantar dan juga mengesan pembayaran.

Itu sahaja untuk kali ini.

Wassalam.

Ulasan