Larat Ke Tak

Assalamualaikum

Ketika catatan ini ditaip diri masih memaksa untuk menyiapkan 2 3 mukasurat album gambar kahwin yang masih jauh lagi tarikh akhirnya. Sambil menyiapkan album ni dok berfikir juga larat ke lagi nak tempuh macam ni sambil mengedit hingga ke awal pagi pastu dengan nak bertolak ke bukit jelutong (area pejabat).

Faktor usia pun rasanya makin meningkat. Segala faktor ini dok bermain di fikiran samada teruskan tetapi dengan kadar yang tidak begitu berat atau buat sahaja foto sebagai hobi. Apa-apapun selagi masih terdaya dan ada rezeki dalam bidang foto dan video kita harungi dulu nanti dah tak larat kita letak tepi.

Catatan kali ini sekadar peringatan kepada diri sendiri.

Wassalam

Ulasan