Email Jawapan Daripada Pergi Temuduga

Assalamualaikum para pembaca

Setelah hati ini dup dap dup dap menunggu jawapan daripada pihak management (saya ada post disini mengenai situasi ini) akhirnya email yang ditunggu telah pun tiba di inbox saya pada 26 Mei 2018 menyatakan yang posisi yang saya minta di utara Perak ada kekosongan. Sebenarnya posisi yang saya pohon sama saja dengan posisi sekarang cuma lokasinya di Perak sahaja.

Buat masa ini saya masih berkira kira lagi mampukah berulang ke sana harian dengan kadar pengangkutan yang tidak menentu setiap minggu (harga minyak hari rabu). Tapi apa pun yang gembira tentulah keluarga tercinta kerana saya akan berada berdekatan dengan mereka, saya jugalah agak risau kerana skop kerjanya dah lama tak buat.

Apa pun doa yang terbaik buat saya dan keluarga.

Wassalam.

Ulasan