Lega Dah

Assalamualaikum

Dalam Entri yang lepas saya ada menyatakan bahawa sakit gigi sedikit sebanyak telah menyukarkan saya dalam erti kata nak buat kerja pejabat, kerja di rumah (edit foto dan video), makan, tidur dan macam-macalah. Saya rasa kalau saya biarkan memang tak boleh makan la saya., adi hendak tak hendak terpaksalah saya membuat satu keputusan drastik iaitu mencabut gigi.

Klinik yang saya cabut gigi tu ialah sebuah klinik swasta di Ipoh, bukan saya tak mahu pergi UTC(klinik 1 Malaysia) tapi saya takut kena menunggu lama dan saya pula ada beberapa perkara yang saya perlu setelkan pagi itu, Masuk ke klinik saya bertanya dengan doktor samada gigi saya boleh diselamatkan lagi atau tidak. Menurut doktor ada 2 pilihan

1. Cabut

2. Rawatan matikan akar



Saya berpendapat rawatan mematikan akar akan mengambil masa yang lama dan mungkin memerlukan kos jadi saya ambil keputusan untuk cabut sahaja gigi yang sakit itu. Fobia cabut gigi usah ceritalah memang saya fobia gila tetapi mengenangkan malam yang tak boleh tidur kerja yang tak siap makan yang terganggu saya teruskan juga la. Setelah beberapa minit maka selesailah proses mencabut gigi saya.

Usai mencabut gigi saya terus ke beberapa tempat untuk urusan saya, memang berurusan dengan menaip perkataan di telefon sahajalah. Perkara yang sama juga terjadi bila saya melawat adik saya di hospital dia yang sakit pun tersenyum sinis dengan gelagat saya yang tak boleh bercakap ini.

Itu sahajalah catatan untuk kali ini.

Wassalam.

Ulasan