Rangkuman rasa minggu ke 2 April 2018

Assalamualaikum

Untuk Entri kali ini saya akan cuba membuat dalam bentuk rangkuman kerana kalau hendak dibuat dalam bentuk tulisan mahu berjela juga.

Berikut adalah apa yang saya rasa yang saya nak ceritakan di blog ini :-

  • Keluarga kami diuji : Adik saya ditimpa penyakit (mohon doakan beliau agar sembuh)
  • Fotografi : 2 3 benda jugalah ada yang saya fikirkan samada meneruskan cabang foto perkahwinan atau tidak serta samada hendak membukukan hasil fotografi jalanan saya. Contoh klasik seni vs wang (acah-acah arts)
  • Kerja : Agak sukar juga hendak membuat pilihan samada pulang ke negeri asal untuk bekerja disana di dalam persekitaran yang saya sudah lama tinggalkan atau maintain di perantauan tetapi factor keluarga yang anak-anak sedang membesar adalah factor penentu kali ini.
Itu sahaja rangkuman saya untuk entri kali ini pendek katanya ada kalanya perasaan ini berbolak-balik tetapi ada kala untuk membuat sesuatu keputusan kita hendaklah focus dengan apa yang telah kita tetapkan.

Sekian sahaja entri saya kali ini.

Wassalam

Ulasan