Detik Bersejarah Bulan Mei 2018

Assalamualaikum

Selalunya saya akan cuba untuk tidak berbicara mengenai politik tetapi pada tarikh 9 Mei 2018 adalah tarikh mengundi bagi rakyat Malaysia. Saya yang berpendapat pergi mengundi kali ini adalah tenang macam pilihanraya yang terdahulu nampak gayanya telahan saya salah kerana apabila saya pergi mengundi kali ini kehadiran orang ramai agak ramai. Pada mulanya saya telah silap beratur kerana beratur di Saluran 3 dan kemudian apabila saya pergi beratur di Saluran saya iaitu saluran 5, panjang barisan orang yang beratur boleh dikatakan panjang jugalah. Setelah lebih sejam menunggu barulah tiba giliran saya.

Habis membuang undi saya kena pula mengambil isteri kerana dia mengundi di kampungnya iaitu di Semanggol untuk DUN Selinsing. Nasib kami baik kerana sepanjang perjalanan keadaan trafik lancar dan sempatlah sampai di sekolah tempat dia patut mengundi.



Selesai sudah sesi mengundi maka tibalah masa menunggu keputusan pada malam harinya. Bagi saya cuma saya berharap apa yang dijanjikan dapat ditunaikan demi masa depan negara tercinta dan harapnya negara akan mencapai keselesaan dan kemakmuran hasil daripada keputusan pengundian PRU14 ini. Akhir kata saya berharap semoga semuanya ok.

Wassalam.

Ulasan