Sesekali Membeli Di Loken

Assalamualaikum

Kalau baca tajuk tu mesti ada yang tertanyat-tanya loken tu apabenda kan, Loken tu nama orang Ipoh panggil untuk pasar karat@memory lane. Loken @ Memory Lane @ Pasar Karat ni buka setiap Ahad dan ia terletak di tengah bandaraya Ipoh iaitu di Jalan Horley.

Saya bukan nak cerita asal-usul sejarah bagai pasal Loken cuma setelah beberapa ketika dok pergi ke sana sebab nak ambil gambar jalanan tetiba ternampak dalam FB kawan dia ada jual pistol air, saya rasa ok juga tu buat meleraikan kucing yang nak bergaduh depan rumah tu.

Time nak beli tu ada pula gasing plastic jual maka gasing tu pun beli juga sekali tengok boleh main lagi ke idak gasing. Cerita main gasing ni saya belajar main masa balik ke rumah datuk saya di Bandar Tun Razak, Cheras ... ya belajar main gasing di KL!

(Gambar diambil mengunakan Samsung Note3) 

Kalau tengok gambar tu ada sebuah kamera juga saya beli tapi bukan di Loken ianya di beli di Yik Foong (sebuah kompleks beli belah di Ipoh) dengan harga nak tutup kedai, Hasilnya belum dapat diketahui lagi cuma saya test samada elektroniknya ok atau tak.

Semua barang dalam gambar tu kalau dicampurkan tak lebih RM20.00 ok la juga.

Akhir kata itulah catatan saya untuk kali ini.

Wassalam.

Ulasan