Bahaya Micro Sleep

Assalamualaikum

Baru-baru ini saya menerima video dalam kumpulan whatsapp yang menunjukkan sebuah Alza secara tiba-tiba memandu keluar dari lorongnya dan kemudian berlanggar dengan sebuah kereta dari arah bertentangan. Pada mulanya saya bercadang untuk berkongsi video itu disini tapi saya rasa macam salah pula dari segi moralnya. Ramai yang berpendapat itu adalah akibat microsleep. Pada peringkat umur saya ini yang memandu berulang dengan jarak jauh saya agak risau juga.

Kalau ikut definisi dalam bahasa melayu tentang microsleep ialah :

Microsleep secara mudahnya boleh didefinisikan sebagai tidur yang singkat (dalam beberapa saat pun boleh terjadi - dalam kes saya). ... dikawal samada dalam bentuk pandangan kosong, tersengguk atau terlelap

Antara kejadian yang masih nampak kesannya ialah salah seorang sepupu saya yang terlibat dalam kemalangan dengan seorang yang mengantuk dan hingga kini dia mengalami kecacatan kekal. Saya menjadikan semua kisah ini sebagai panduan supaya berhati-hati dan juga supaya mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan untuk pemanduan jauh.

Itu sahaja catatan saya untuk kali ini.

Wassalam.

Ulasan