Kerja Di Tempat Baru

Assalamualaikum

Seperti yang pernah saya nyatakan di dalam post saya yang lepas yang saya akan memulakan kerja di tempat baru iaitu di Kamunting dan tidak lagi di Bukit Jelutong maka hari ini adalah harinya (25 Jun 2018). Setelah 1 tahun 8 bulan (lebih kurang) berkhidmat di sana menempuhi suka duka duduk berjauhan dengan famili dan duduk pula dengan rakan sekerja maka perkara itu kini hanya tinggal kenangan.

Bekerja di tempat baru suasana kerja agak lain jugalah kerana dahulu saya bekerja tidak berhadapan dengan orang manakala di Kamunting saya bekerja bertemu dengan pelanggan. Memang agak kekok jugalah hendak menyesuaikan diri dengan suasana baru tetapi saya yakin lama lama ok kot.

Cuma di dalam perjalanan saya terfikir mampukah hendak mengadap perjalanan dari Ipoh ke Kamunting yang agak boleh dikatakan boleh mendatangkan mengantuk selepas balik dari kerja. Itu antara cabaran yang saya kena hadapi tetapi fikir-fikir balik kena disiplinkan diri set masa supaya tak terlalu letih bila balik dari kerja.

Antara suka duka nak pergi kerja pukul 4.30 pagi ke Bukit Jelutong


Sekian catatan kali ini. Akhir kata minta doakan yang baik-baik untuk perjalanan pergi dan pulang dan supaya kerja dipermudahkan.

Wassalam.



Ulasan