Salah satu bucket list tercapai

Assalamualaikum

Rasanya ada diantara kita yang membuat senarai perkara yang dia hendak kecapi dalam hidup atau dalam bahasa Inggerisnya bucket list. Saya ada beberapa perkara yang saya hendak capai antaranya menunggang motor kapcai jarak jauh. Bagi sesetengah orang mungkin dah selalu ride jauh jauh ni tapi saya baru je dapat membuatnya.

Kalau nak ikutkan tempoh ride dengan tempoh entri blog ini lebih kurang sebulan jugalah tapi nak kongsikan juga didalam blog ini, Kalau ada yang mengikuti blog ini pasti ada yang mengetahui bahawa saya sudah bertukar tempat kerja maka saya juga kenalah memindahkan barang-barang peribadi daripada rumah sewa ke rumah di Ipoh ni. Kalau barang-barang biasa boleh juga sumbat ke dalam Alza tu tapi kalau macam motor samada pakai khidmat penghantaran atau bawa balik sendiri. Memandangkan masa agak terhad jadi saya rasa bawa sendiri balik ke Ipoh adalah lebih baik.


Tukar side mirror dulu 


Di perhentian Tanjung Malim


Di Perhentian Ladang Bikam


Alhamdulillah sepanjang perjalanan cuaca ok dan keadaan trafik pun ok. Menunggang motor pertama kali untuk jarak jauh saya terpaksa berhenti banyak kali sebab

1. Tak tahu macam mana anggaran minyak untuk perjalanan.
2.  Nak hilangkan kebas
3.  Cuaca ok so rehat dan tenangkan minda

Keluar tol Simpang Pulai

Setelah sampai keluar ke tol Simpang Pulai semasa saya sedang mengambil foto untuk dimuatkan ke media sosial ada seorang brader ni minta tolong kerana motornya baru habis minyak. Baru ride dari Thailand katanya. Setelah setel perkara dengan brader tu saya bertanya samada dia ada media sosial atau tidak, tiada katanya. Saya bertanya namanya, Paul katanya. Dalam perjalanan balik sempat bungkus makanan untuk famili dan lebih kurang 8.++ jugalah sampai ke rumah.

Itu sahaja catatan untuk kali ini.

Wassalam

Ulasan