Redeem Minyak dengan point stesen minyak

Assalamualaikum

Pertama sekali ingin saya katakan yang entri ini adalah hasil pengumpulan mata ganjaran pihak isteri dan saya sendiri bukanlah ditaja oleh sesiapa untuk entri ini. Setelah beberapa bulan saya dan isteri mengumpul mata ganjaran daripada BHP maka apabila cukup mata penebusan untuk RM20 minyak, kami pun menebus mata ganjaran tersebut untuk top-up minyak yang di isi. Kalau ikutkan saya mahu sahaja saya kumpul hingga cukup rm40 bolehla pergi berjalan-jalan tapi RM20 ok jugalah buat tokok minyak nak pergi kerja (Ipoh-Kamunting jenuh juga).

Mata ganjaran yang ditebus

Bila kerja jauh daripada rumah ini apa sahaja yang boleh buat nilai tambah kita cuba kaji dan manfaatkan supaya di kemudian hari kita boleh dapat menikmati ganjaran tersebut dan mana tahu kalau ada peraduan untung-untung rezeki berpihak kepada kita. Sekarang ini saya nak kumpul mata ganjaran plusmiles pula.

Itu sahaja catatan saya kali ini.

Wassalam.


Ulasan