Melangkah ke Karat Cafe


Assalamualaikum

Cerita bermula nak pergi ada street event (event kebudayaan) di sekitar Padang Ipoh tetapi dah dok pusing cari parking 4 5 kali tak jumpa maka hasrat untuk singgah ke event tersebut dibatalakn dan saya mengambil keputusan untuk singgah ke restoran berdekatan. Asalnya hendak ke Thumb's cafe kerana sudah beberapa kali berkunjung ke sana tetapi takde meja yang kosong maka singgah saja di Karat cafe (sebelah menyebelah sahaja) kot ikutkan Karat cafe ni lama juga dah tapi saya tak berkesempatan singgah ke sini.

Sesudah masuk saya rasa ada sedikit nostalgia sebab dulu saya pernah tinggal di Greentown, Ipoh (greentown dahulu adalah sebuah kawasan penempatan perumahan kakitangan kerajaan) dan saya ada menghantar klip video kepada kenalan FB yang pernah juga tinggal di sini. Deco dalam cafe ni pulak rasanya konsep klasik/antik (tak pasti tapi lebih kurang le)

Bab makan dan minum pula kitaorang order pasta dan goreng gorengan, ok kata wife saya dan anak saya pun kalau banyak yang dimakan tu maknanya ok la tu.

Enuff story kita share gambar pula









Sedikit video yang saya kongsikan kepada kenalan di FB saya kongsikan disini juga

 

Sekian sahaja buat masa ini.

Wassalam


Ulasan