Suatu petang di Taman Alam Kinta

Assalamualaikum

Sebelum ini ada saya membuat teaser bahawa entri blog saya selepas ini gambar sebuah tempat yang lapang. Tempat tersebut ialah Taman Alam Kinta dan ianya terletak berhampiran dengan bandar Batu Gajah. Kalau tak tahu macam mana hendak ke sana, cara yang paling senang gunakan GPS jela.


Sebenarnya tujuan saya ke sana ialah untuk sesi foto outdoor pengantin bukanlah pula saya saja saja nak ke sana shoot lanskap atau burung pucung yang memang menjadikan Taman Alam Kinta ini sebagai salah satu lokasi hinggap deme.
 
 

Apa yang boleh saya katakan ialah kalau rasa nak ambil feel tenang boleh la singgah di sini kejap dan tiada bayaran masuk dikenakan (setakat saya pergi tu la) so boleh la kalau rasa nak rehat jap kalau kalau singgah di batu gajah atas urusan kenduri ke apa ke boleh la lajak ke taman ni untuk rileks. Part yang agak mencabar bagi saya nak ke taman ini ialah mukabumi jalan nak ke taman ini agak berlubang sedikit dan saya harap ianya dapat diatasi kalau pihak kerajaan nak tengok tempat ini nak dimajukan sebagai eko pelancongan.



Setakat ini sahaja catatan saya untuk kali ini dan bertemu kita di entri yang lain.

Wassalam

salah satu video yang dirakam secara santai





P.s : semua gambar ditangkap mengunakan Redmi Note 5 dan di olah ke dalam VSCO

Ulasan