Masjid Tengah/Panglima sepintas lalu


Assalamualaikum

 

Saya rasa saya pernah up post video masjid ini tapi tulah post jugak lagi sekali bukan apa dah banyak tempat kerja saya kena pergi, di Masjid Tengah ni lah antara masjid yang memula saya pergi berjemaah masa saya kerja di Ipoh. 

Kalau ikut sejarah masjid ini, Masjid Tengah (atau Masjid Panglima Kinta) adalah masjid yang pertama dibina di bandaraya Ipoh kalau mengikut apa yang tertulis di hadapan masjid lah, menariknya ada satu lagi masjid yang mempunyai binaan yang hampir sama (atau sama) di bandaraya Ipoh ni iaitu Masjid India yang terletak di Pekan Lama manakala Masjid Tengah (atau Masjid Panglima Kinta) ni terletak di Pekan Baru.

Ceritanya disini dah beberapa tempat kerja saya ditukarkan so rasanya dah banyak masjid jugalah saya berjemaah dan  setelah bertukar beberapa tempat kerja tahun tahun kebelakangan ini saya rasa nanti saya akan upkan post pro dan kontra pasal kerja jauh jauh ini. Biasalah mesti ada suka dan tak suka bila di kejauhan.

Itu sahaja untuk kali ini. 

Wassalam.

Ulasan