Mencuba Kopi Wonda tanpa gula

Assalamualaikum

Buat masa ini blog saya masih lagi lambat juga update, tak dapat nak mengejar perlbagai perkara dalam satu masa. Entri ini lebih kurang selit jugalah minat saya pada kopi sebagai minuman. Saya baru-baru ini perasan ada satu perisa baru kopi daripada Wonda iaitu Zero Max. Mengikut apa yang tertulis kopi ini tanpa gula jadi saya rasa ok jugalah kat situ pun dah boleh kurangkan pengambilan gula tapi saya risau kot rasa dia agak "keras".

Setelah saya mencuba kopi ini saya rasa ok jugalah rasa dia takde le terlalu "keras" sebab maybe kopi dia pun rasa "lembut" je walaupun tanpa gula. Nampak gayanya boleh le drive balik kerja kot rasa ngantuk pekena kopi ini tetapi seeloknya saya rasa berhenti di R&R dan ambil sedikit masa untuk rehat dulu ataupun tidur sekejap daripada mengambil risiko.

Itu sahajalah entri untuk kali ini

Wassalam


*Entri ini tidak berbayar ye, kopi beli sendiri

Ulasan