Dugaan Ramadan

Assalamualaikum

Sudah lama saya tak mengemaskini blog saya ini, waima channel youtube saya pun terbiar maybe disebabkan faktor tak berapa nak larat bulan puasa ini. Anyway post kali ini bukan sebab nak cerita perasaan miserable sebab dah lama tak update and so on tapi nak cerita rasa bersyukur sebab Alhamdulillah saya terselamat daripada mengalami sebarang kecederaan akibat daripada kemalangan yang berlaku ketika hendak ke tempat kerja.

Seperti biasa setiap pagi saya akan ke tempat kerja yang terletak di Kamunting dari Ipoh jarak perjalanan lebih kurang 180 +- pergi dan balik. Dalam perjalanan jika keadaan jalan selepas hujan pasti akan menyebabkan keadaan jalan agak licin tetapi saya tetap meneruskan perjalanan dengan kadar kelajuan 100 - 110 km/j dan apabila mengekori kereta dihadapan dalam kelajuan itu apabila membrek pasti akan ada risiko dan itulah yang terjadi kepada saya apabila kereta Alza yang saya pandu tetiba terasa lajak belah kiri apabila membrek lantas saya berputar beberapa kali. Selesai berputar nasib baiklah kereta masih lagi boleh berjalan dan saya berhenti seketika di tepi jalan untuk melihat keadaan kereta. Agak teruk jugalah keadaan kereta saya.

Walau bagaimana pun saya masih bersyukur kerana

1. Saya tidak mengalami kecederaan
2. Kereta masih boleh berjalan
3. Tidak berlanggar dengan pihak lain

Mengenai bajet pula memang lah sedikit lari tambahan pula hari raya bakal menjelang nampak gayanya saya tengah memikirkan beberapa alternatif kali ini untuk menampung bajet raya saya.





Apa-apapun doakan semoga urusan saya dipermudahkan selepas insiden ini.

Wassalam

Ulasan

  1. Alhamdulillah takde apa2 kecederaan malaikat masih pelihara tapi tulah, dugaan wang ringgit pulak kan? Dekat KL ni pun setiap hari keluar rumah kemana2 mesti ada je kemalangan baik yang kecik mahu yang besar, dan setiap kali nak keluar jugaklah selalu berdoa supaya semua berhati2 dan berjalan lancar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah saya masih sihat cuma trauma tu masih ada hingga kini

      Padam

Catat Ulasan