Lama dah tak aktif


Assalamualaikum

Agak lama juga saya sudah tidak aktif dengan apa-apa pos baru. Saya rasa ada beberapa faktor yang menyumbang ke arah kurangnya saya aktif di blog

1. Faktor letih/usia

Saya rasa faktor keletihan selepas balik kerja mungkin salah satu faktor utama yang membuatkan saya kurang aktif dalam pelbagai aktiviti dengan jarak 180km +- pergi balik bukanlah sesuatu yang mudah tambahan pula usia sudah mencecah 40an

2. Hilang minat

Faktor kurangnya minat dan idea ke arah berblogging menyumbang juga

3. Aktif di media sosial

Saya akui mudahnya mengakses media sosial di telefon dan ianya lebih interaktif juga membuatkan lebih ralit kepada media sosial berbanding menulis pos di blog

Itulah antara beberapa faktor utama yang saya rasa menyebabkan saya sudah semakin kurang menjenguk ke blog saya ini.

Sekian.


p.s  - gambar kahwin je saya masih aktif upload di blog ini

Ulasan