Mandi di Air Hitam, Jelai, Batu Kurau

Assalamualaikum



Sesekali dapat mandi air sungai dikelilingi pokok yang merimbun hijau memang boleh dikatakan sesuatu yang best juga la. Bukan selalu dapat berendam! Memandangkan aktiviti ini sebenarnya aktiviti ride dengan kenkawan tetapi memandangkan saya tiada motor maka saya pergi jugalah naik kereta yang penting kata mereka asalkan sampai dan dapat berkumpul bersama.

Lokasi Air Hitam, Jelai ini tidaklah jauh sangat dari Bandar Taiping dan pekan Batu Kurau, cuma jangan tersilap masuk simpang saja. Bekalan makanan dan minuman kalau rasa nak berkelah pada pendapat saya bawa siap-siap sebab kedai-kedai sekitar yang menjual pun sekadar ada (itu pendapat saya) dan sebaiknya selepas itu buang sampah ke tempat yang sepatutnya.

Itu sahaja catatan saya untuk kali ini.

Wassalam

Ulasan